Macam2 Cerita pasal Lubuk Yu...


Salam,

Rasanya ramai yg dah dengar cerita pasal Lubuk Yu kan??? Ya la sejak kejadian seorang pemuda lemas kat lubuk tu dan berturut plak ngan berpuluh2 orang yang terlibat dengan operasi mencari mangsa mengalami simptom demam dan bertambah parah bila ade beberapa orang yg meninggal dunia dan dikejutkan plak ngan pengumuman dari kementerian kesihatan yg mengesahkan ade wabak Melioidiosis dan Leptospirosis kat situ...Tempat tersebut dah jadi terkenal plak kan..

Terus terang cakap, walau dah setengah tahun duduk disini, memang tak pernah sekali pun kami berkunjung kat situ, Jika nak dibandingkan rasanya memang Lubuk Yu tu lebih dekat dengan tempat kami tinggal ni tapi kami lebih selesa pergi ke Lubuk Jed...tah la mungkin lubuk jed airnya lebih cetek kot..jadi kalau nak digambarkan macam mana keadaan sebenar kat Lubuk Yu tu memang tak dapat la...cuma air yg kami guna tiap2 hari ni memang berasal dari sumber sungai yg sama dengan Lubuk Yu tu...risau memang ade gak tapi tawakkal jer la harap betul la air yg dah disalurkan tu memang dah terawat dan bebas dari wabak tu...


Bagi yg duduk jauh memang akan hanya dapat mendengar dan membaca cerita di Tv dan akhbar pasal kisah Lubuk Yu ni diserang wabak Melioidiosis dan Leptospirosis ni tapi bagi penduduk disekitar sini lain pulak ceritanya...Bukan nak menafikan pengesahan dari kementerian kesihatan berkaitan wujudnya wabak kat situ, tapi bagi mereka yg dah lama menetap disini dan memang membesar disini percaya akan ada unsur2 mistik yg turut menjadi punca kepada semua peristiwa yg berlaku disini...tah la..tapi dari apa yg saya dengar memang Lubuk Yu ni memang dah dianggap keras dari dulu lagi...

Menurut cerita penduduk sekitar sini, diaorang kata penunggu or makhluk yg tinggal di kawasan Lubuk Yu tu mengamuk disebabkan perbuatan orang2 yg datang ke situ, ya la semasa operasi tu dengarnya diaorang bom lubuk tu nak bagi Mayat mangsa lemas tu timbul, tah la betul ker tak...tambahan plak bila dah namanya tempat rekreasi camtu ade jer budak2 muda yg buat "projek"..kebanyakan pengunjung yg datang ke lubuk ni pun orang luar so sebarang aktiviti tak bermoral tu susah nak dikawal...tak tahu nak kata sahih atau tak, tapi ade yg bercerita semasa operasi pembersihan baru2 ni, banyak kondom dan botol arak yg dijumpai kat situ...kalau dari segi logiknya tak mustahil makhluk or yg digelar penunggu tu mengamuk dek kemaksiatan yg berlaku disitu...

Sekarang ni jalan utama ke Lubuk Yu ni dijaga oleh ahli RELA, dengarnya walau dah tahu tempat tu ditutup ade juga orang2 luar yg masih mahu datang kesitu untuk bermandi manda, kata mereka lepas mandi air sungai tu diaorang akan bilas balik badan mereka guna air paip, lagipun diaorang cakap diaorang ade bawak sabun dettol untuk basmi kuman, tah la..penduduk kat sini pun masih belum berani nak main air kat situ ni ade plak orang luar yg berani...macam2 perangai manusia ni kan...berbalik pada ade orang yg berkawal di jalan masuk ke lubuk tu, baru2 ni diaorang ade bercerita yg pada satu malam semasa diaorang tgh berkawal disitu, ade kejadian mistik yg berlaku, mereka nampak kelibat naga berlegar dikawasan Lubuk tu dan juga melihat perempuan berkepala babi..tah la hanya mereka2 yg berada disitu sahaja yg boleh mengesahkan kejadian ni...

Bagi saya, saya percaya setiap satu2 kejadian tu ade perkara yang Allah S.W.T nak tunjukkan dan nak kita fikir2kan...mungkin betul ade kemaksiatan yg berlaku disitu dan semua kejadian yg berlaku disitu seperti wabak Melioidiosis dan Leptospirosis ni merupakan bala kecil yg allah turun kan dan ujian juga buat penduduk disekitar sini agar untuk masa2 akan datang ni lebih menjaga tempat tu dari berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan...


1 comment:

  1. betul la tu kak, setiap satu tu mesti ada sebab Allah jadikan...kalau nk fikirkn bukannya masa lelaki tu lemas kat situ org dh dtg..dh lama org dtg kt situ sblum tu..

    ReplyDelete