Menge'Pau' di pagi hari...


Salam...

Ni entry main masak2,dah lama tak update blog, update2 jer trus cerita bab makanan,,dah jadi cam blog maskan plak eik...hahaha bukan niat nak tukar jadi blog masakan pun, tapi cam malas nak create blog lain yg khusus tuk masakan, satu blog pun dah tak terupdate ni plak nak ade byk2 blog...lagipun dah namanya blog ni blog "Coretanku..." so coret jer la apa yg terasa nak coretkan...

Sebenarnya dah banyak kali buat pau ni, kebiasaannya buat pau inti kacang merah ni la, inti tu pun buat sendiri gak, main hentam jer..nasib baik menjadi...pau ni kira kesukaan Safiyya la..kali ni cuba resipi lain dari biasa buat..sebelum tgk apa bahan2 dan cara2 nak buat pau ni, meh kita layan gambor pau ni dulu eik....




So untuk rekod ni resipi yg dah pun dicuba dan menjadi seperti dalam gambar..resipi ni cilok CnP dari dapur CMG @ Dapur tanpa Sempadan...minta izin perpanjangkan resipi ni ya...semoga ade yg dapat ilmu seperti saya yg masih belajar ilmu masak memasak ni....


Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba
ok la happy blogging!!!

No comments:

Post a Comment