Tak risau kena curi ker eik???


Selamat pagi...

Pagi ni tekak mula rasa perit, batuk sikit2..hidung pun cam tak sihat mana jugak...tapi lagi kesian kat anak teruna ni, malam semalam asyik terganggu jer tidur sebab batuk..masih belum sihat sepenuhnya lagi..dan setiap kali makan ubat mesti lepas tu merajuk ngan mama...tak pa la sayang, anak mama merajuk sekejap jer, yg penting makan ubat baru cepat baik kan...

Semalam pergi Mentakab, kononnya nak daftar streamyx tapi terlupa la plak, streamyxkan guna line telephone, dan kalau daftar line telephone ni kontrak line tu kena guna setahun, dah kitaorang ni plak ade plan nak cari umah sewa kat bandar pusat..alamatnya kena tangguh dulu la kot bertenet dengan streamyxnya... broadband pun broadband la..tapi tu semua belum ade kata putus lg tak decide betul2 lg..tgk la camna nanti...

Ok la cukup merapu bab tenet, ni nak story pasal tajuk kat atas tu plak...
cam sy ni jarang sesangat la makan sarapan kat kedai, klau ade pun kitaorang selalu pergi kedai yg sama jugak, tapi baru2 ni tetiba tukar selera bersarapan kat satu kedai kat bandar pusat ni, first time makan kat situ, bukan setakat sambal nasi lemak dia yg lain, tapi telur tuk nasi lemak tu pun berbeza, kat kedai tu dia sediakan telur dadar bersos sebagai accessori tuk nasi lemak...

Dan kalau kita order air teh O, ker nescafe O ker apa yg O yg panas kita kena letak sendiri sebanyak mana gula yg kita nak...dan rasanya kebiasaan kedai yg sediakan gula atas meja makan pun pasti bekas yg cute2 atau kecik2 jer kan...tapi cuba korang tgk kat dalam gambar bawah ni,

Besarkan bekas gula yg kedai ni sediakan..satu bekas tuk setiap meja..kebetulan atas meja yg kitaorang pilih tu ade dua bekas gula...pendek kata mewah ngan gula la....

Agaknya kan ade ker yg panjang tangan bawak balik gula ni, ya la zaman sekarang kan asyik keluar berita satu2 tempat tu kekurangan bekalan gula, ade masa pergi ke pasaraya stok gula habis..tapi kedai ni siap sediakan gula dalam bekas yg besar tu, dari satu segi, ok la kan sebab kita boleh letak sendiri gula mengikut tahap kemanisan yg kita suka tapi dari sudut yg lain..korang fikir la sendiri eik...



2 comments:

  1. camne tokeh kedai ni leh dpt byk stok nie???musykil nih..hehehe..

    ReplyDelete
  2. kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman..hehehehe

    rasa kalo nak curi tak kot..kalo dak awal2 lagi dia tak taruk gula atas meja..

    ReplyDelete