Menyusu ketika hamil


Salam..

Kali ni nak sentuh bab menyusu ketika hamil ni plak...Masa awal2 tahu dah mengandung tuk kali kedua dulu, ada gak cari info skit2 pasal hal ni, baca sikit info dan rasa badan boleh tampung untuk menyusukan safiyya sambil mengandungkan Rifqi so teruskan sampai usia safiyya Setahun 7 bulan dan usia kandungan masa tu 5 bulan baru decide ajar Safiyya minum susu botol dan fully minum susu tepung..tah la maybe tak cukup yakin untuk teruskan kot....Kira nya time tu sempat la berpuasa sebulan sambil2 menyusu ketika hamilbtu, seingat saya masa awal2 puasa memang mencabar sungguh rasa cam tak larat jer, plus ade sedikit kerisauan takut akan effect baby dalam perut, tapi Alhamdulillah semuanya selamat...berhentikan safiyya nyusu badan tu pun sebab ade seorang doktor yg boleh kata doktor yg  kurang support BF ni cakap kalau teruskan BF jugak boleh effect janin dalam kandungan...malas nak bertekak ngan doktor tu so iya kan jer la...padahal dia bukan la doktor yg check kandungan saya tu pun, just doktor biasa2 yang kebetulan jumpa dia pun sebab bawa Safiyya demam masa tu...stop la melalut pasal kisah semalam tu, so apa kata kita kongsi berkaitan isu menyusu ketika hamil ni ...

Setakat ni rasanya belum ade lagi bukti atau kajian yg menunjukkan yang menyusukan anak boleh memudaratkan kandungan, tu bagi golongan ibu2 yg tak berisiko la, tapi bagi golongan dibawah ni memang tak digalakkan langsung untuk menyusukan anak sewaktu hamil ya...

.Golongan yang berisiko dan tak digalakkan untuk penyusuan ketika hamil ialah:
  • Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang,
  • Hamil kembar
  • Menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan,( ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )
  • Pernah keguguran
  • Mengalami pendarahan ketika hamil
  • dan lain2 kehamilan berisiko tinggi
Menurut kajian, rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. So, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 juga tak perlu la tergesa2 hentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan ni untuk mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu, :

 .Perkara yg perlu ditekan sekiranya ingin meneruskan penyusuan ketika hamil ialah:
  • sejarah perubatan, 
  • Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan Ok dan boleh meneruskan penyusuan
  • tahap keselesaan fizikal dan emosi, 
  • usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula )
  • Pengambilan makanan yg berkhasiat
  • Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal
  • Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi
.Penting bagi ibu2 yg ingin menyusu ketika hamil tahu bahawa:
  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.    
  • Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.   
  • Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya..jadi rehat yg secukupnya amat2 diperlukan. 
  • Kita juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil. cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi. 
  • Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan. 
  • Sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon 
  • Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa. 
  • Perlu diingat, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu. 
  • Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir , maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak"
  • Ada sesetengah doktor yg kurang support BF apatah lagi Penyusuan ketika hamil ini, so cuba la dapatkan pendapat kedua atau ketiga dari gynea yg berbeza, juga dapatkan pandangan dari pakar laktasi berkaitan isu iini.
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau hamil dan menyusukan anak, boleh mengakibatkan bayi di dalam perut tak mendapat zat yg secukupnya. setakat ni tiada kajian yg menyokong pendapat ni, Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.disini uniknya ciptaan allah S.W.T ni, dimana badan ibu itu sendiri akan menyalurkan zat yg secukupnya mengikut keperluan kandungan, susu untuk si anak dan keperluan badan ibu itu sendiri, dengan syarat ibu itu mengambil makanan yg seimbang, menjaga kesihatan dengan baik dan mendapat rehat yg secukupnya...dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya untuk kita 
  • Jika ada yg mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin ade betulnya jika anda tergolong dalam golongan yg berisiko tetapi jika sebaliknya dan doktor gynea mengesahkan yg anda selamat untuk meneruskan , InsyaAllah dengan izin Allah semuanya akan selamat...banyakkan berdoa dan Tawakkal... 
  • Sekiranya betul Penyusuan itu sudah termaktub boleh memudaratkan janin didalam rahim, pasti para ilmuan dan ulamak islam dah membahaskan kejelasan hukum berkaitan hal ini ..setakat yg saya tahu, ade hadis berkaitan hal ini, seperti dibawah



    Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

    Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

    Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
    untuk lebih kepastian rujuk la pakar2 agama atau ustaz2 atau ustazah ya...









6 comments:

  1. kalau tak cuba rasa tak yakin nak buat je..sebab risaukan baby dlm perut..tapi kalau org lain ok je, kalao takde masalah insyaallah boleh buat punya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..jalan2 jumpa info yang berharga pasal tandem nursing ni :)


    http://my-sketch-of-love.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. as-salam, sya ada sejarah premature anak 1st.lahir 2009 n meninggal 2weeks after.nw 2nd baby nak msuk 3m, alahai..sedihnya bru tau xdpt tendem nursing bla pregnant lg nnt..

    ReplyDelete
  4. As-salam... Sy memang tgh cari info psl Tandem Nursing nie... Coz anak pertama dh 2thn tp still BF... anak sy kurang minat minum susu formula... then plan tuk 2nd baby plak... Risau coz rmai yg kate x elok BF time pregnant...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sebab share berkenaan tandem nursing (menyusu ketika hamil)...saya dulu pun terpaksa stop susukan my 1st baby masa dia baru setahun sbb masa tu dh pregnant 4 bulan dan alahan yg sgt2 teruk..jadi doktor nasihatkan utk berhenti menyusu...mmg sedih sgt tak tau nk ckp mcm mana...tp kuasa Allah my 1st baby tu mcm tau2 je dan dgn sendiri dia berhenti...Mohon untuk share sedikit sebanyak info ni di blog saya juga ya...jemput ziarah ke blog saya juga ya...Keep on Sharing ya :)

    http://mylittleyaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. TANDEM NURSING BUKAN BUKAN BERMAKSUD MENYUSUKAN KETIKA HAMIL, TANDEM NURSING MAKSUDNYA BERKONGSI SUSU ANTARA 2 ANAK, ATAU SATU BREAST PAM, SATU LAGI SUSUKAN ANAK.MAAF YE, CUBA BACA BALIK.

    ReplyDelete