Apam pelangi tuk Rifqi...


Salam,

Buat Apam pelangi ni pun sebab Rifqi bangun2 tidur jer minta kek, malas la nak buat kek pepagi buta plak tu kan, so sebagai gantinya buat la Apam pelangi ni, sekali tengok macam rupa kek jer tak de banyak bezanya sangat, nak buat pun senang..Kebetulan ade santan dalam tin kat dalam peti sejuk tu, dan bahan2 nak buat pun senang..so sebagai nak memenuhi anak tekak Rifqi yg rajin meminta kek tu buat jer la apam pelangi ni...




APAM PELANGI
Sumber Resepi Dari : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
Bahan:-
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna (akak guna warna trafik light..hehehe)
Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.


5 comments:

  1. aduhai sedapnya tengok..tak pernah buat apam pelangi lagi.makan pandai laa ..hehehe

    ReplyDelete
  2. kaler die memang menarik untuk di makan hehe

    ReplyDelete
  3. nmpk menarik...
    teh ovellet tu ape ye? hehe...sorry x tau..

    ReplyDelete
  4. Ummi Eisya :>> memang sedap

    e.l.i.s.s.m.i.e :>> cuba la, tak susah sgt bahannya, senang nak buat

    Farah :>> macam2 warna boleh diletak, ikut suka kita jer, sedap pun sedap apam ni

    adcom :>> bukan teh ovellet, ovellet ni sejenis bahan tuk lembutkan kek,

    ReplyDelete