Bekalan 3 gol...Tahniah Malaysia!!1


Salam,

Berakhir sudah Final pertama piala AFF suzuki 2010. Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia yg berjaya membawa bekalan 3 gol tuk mengahadapi final kedua di Indonesia pulak rabu ni....

Betul la ramalan kebanyakan orang yg Malaysia akan menang "besar" malam ni, dan kira betul la jugak ramalan jelmaan "paul si sotong" bahawa Malaysia akan berjaya jaringkan 3 gol....hihihiihi....banyak tul jelmaan "paul si sotong" ni eik, sana sini orang duk ramal Malaysia akan menang..dan dah menang pun dah tuk final pertama ni...

Satu persoalan..adakah kemenangan ini disebabkan luck pakai jersi biru? Ya la sekarang ni pasukan Malaysia asyik pakai jersi biru jer, tak de pun pakai jersi kuning kan?

Apa2 pun Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia, harap prestasi pasukan bolasepak Malaysia akan maintain tuk next round...sakit jugak nak bermain dihadapan penyokong pasukan indonesia yg fanatik tu..jangan pisang berbuah dua kali dah la, hari tu dah kalah 5-1 masa peringkat kumpulan...jangan sia2 kan bekalan 3 gol ni dah la kan...Malaysia boleh!!!!


No comments:

Post a Comment