Bersarang tak?


Salam,


Lulus tak sarang semut kat atas tu? tapi gambar cam blur sikit kan? teknik mengambil gambar yg tak betul, nak buat camna,  tahu tekan butang klik tu jer bab2 teknikal lain tu haram tak tahu...


Buat Kek Gula hangus ni petang semalam, lepas perap 3 jam dah maghrib baru bakar, malam lepas makan nasi baru dapat rasa, Rifqi pun walau dah makan nasi still boleh ngap 2 ketul gak lagi ;0)

Sebenarnya dah lama teringin nak buat, tapi memandangkan hubby awal2 kawin dulu lagi dah cakap dia tak minat ngan kek ni, niat nak buat tu asyik tertangguh jer la, dah ade pe"ngap" kek kat umah ni, cuba jugak la kan...so ni la hasil nya...bersarang la jugak...


Kek Gula Hangus
Sumber : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Bahan:-
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega
Cara Membuat:-
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).


1 comment:

  1. Kalau pkai telor grade a nk kurangkn ke pkai 4 biji jgak??

    ReplyDelete