Cubaan kedua : Kek Karamel


Salam,

Masih dikampung lagi, lepas zohor ni baru balik ke Jengka 2, la ni masih tak berapa sihat gak lagi, selesema plak batuk masih belum baik lagi.. harapnya tak lama la selesema ni, maybe berpanas kat kenduri kahwin semalam kot..tak pe la, janji tak de pnyakit llain sudah la kan..

Ok la stop bab tak sihat ni, ni nak story pasal Kek Karamel ni plak..buat jumaat sebelum balik kampung hari tu dah, kali kedua buat menjadi la sikit bahagian kek tu, tak de la macam first time buat dulu bahagian kek tu tak berapa nak menjadi, cumanya kali ni bahagian karamel tu terlebih manis, mungkin sebab derhaka tak ikut resipi betul2 kot, ganti susu cair ngan susu pekat manis yg dibancuh ngan air, ni gara2 tak de stok susu cair tu la, tak kisah la manis pun bukan sampai tak boleh nak dimakan, cuma bagi yg tak kuat manis cam saya ni terasa la kemanisan karamel tu sikit. Tapi bila makan dgn kek tu dia jadi ok jer tak terasa sgt kemanisannya tu...




 Kek Puding Karamel
 Sumber : hanamemories.blogspot.com ( Resepi asal: Yani @ MyResipi)


Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air - yang nih hana tambah
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


 Selamat mencuba!!!!

1 comment:

  1. nampak sangat sedappp!! nak cuba jugak nanti.thanks for the recipi.

    ReplyDelete