Gejala bengkak kaki sewaktu hamil.


 Salam,
Satu lagi entry berkaitan kehamilan, kali ni nak kongsi salah satu gejala yg boleh berlaku ketika mengandung iaitu Oedema atau dalam bahasa kita dipanggil bengkak kaki. Alhamdulillah sepanjang saya mengandung dah masuk anak ke-3 ni, tak pernah lagi mengalami bengkak kaki (atau sendiri tak perasan, nurse pun tak tegur). Tapi tak salah mencari info kan..
Mungkin bagi sesetengah ibu2 yg mengandung menganggap bengkak kaki ni merupakan gejala yg normal. Namun bagi doktor dan dari segi perubatan, bengkak kaki yg dialami oleh seorang ibu yg hamil harus disiasat dengan lebih terperinci. Ini bertujuan untuk memastikan kesihatan ibu itu berada di tahap yg optimum.

Oedema atau bengkak kaki berlaku akibat dari pengumpulan cecair dibawah kulit yg berlebihan semasa  kehamilan anda.  Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.

Terdapat 2 jenis Oedema iaitu : 
  1. Pitting - Apabila jejari menekan kawasan yg bengkak, kesan jejari akan kelihatan
  2. Non Pitting - Tidak ada kesan yg tertinggal apabila jejari menekan kawasan yg bengkak itu.

Oedema atau bengkak kaki boleh terjadi disebabkan oleh:
  • Masalah Buah Pinggang
  • Tekanan Darah Yg Tinggi
  • Tekanan Dalam Saluran Lymphatic Yg Tinggi
  • Masalah Jantung
  • Tekanan Ke Atas saluran darah (IVC) - Paling kerap kali berlaku disebabkan rahim yg berat menekan ke atas saluran darah IVC, menyebabkan tekanan tinggi. Cecair dalam darah akan keluar ke bawah kulit. dalam hal ini intra-verikos sering terjadi

Untuk merawat penyakit oedema, kebiasaannya rawatan akan diberikan mengikut jenis masalah yg dikenal pasti, antaranya:
  • Doktor akan mernyarankan kepada ibu hamil agar mengamalkan berbaring sebentar pada waktu siang hari supaya tekanan akan berkurangan ke atas saluran darah.
  • Ubat-ubatan untuk mengelakkan kencing (diuretic) digunakan oleh doktor
  • Sekiranya ada saluran darah yg bengkak, ubat dafilon, stokin elastic turut digunakan.

Untuk mengelakkan daripada mengalami oedema (bengkak kaki) atau mengurangkannya anda bolehlah mencuba :
  • Apabila duduk, kaki jangan dijuntaikan ke bawah. Lapikkan kaki di atas bangku supaya kurang tindakan graviti.
  • Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.
  • Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.
  • Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.
  • Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.
  • Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.
  • Berjumpa doktor dengan kadar segera jika bengkak kaki berlarutan atau menjadi teruk.

Petua kurangkan Bengkak kaki :
Campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawat 3 kali. Seeloknya disapu pada waktu hendak tidur.


Sumber : babycenter.com.my , Majalah Wanita (Januari 2004)

1 comment:

  1. pun tak kena jugak waktu pregnant dulu..harapnya tak kenala untuk next sebab malas asik nak kena tukar ganti kasut. petua jadam tu macam menarik juga kak, takyah makan ubat bagai

    ReplyDelete