Himpunan doa : Agar beroleh rezeki yg berterusan & kesihatan yg Berpanjangan


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ  الْعَافِيَةَ  فِي الدِّينِ  وَ الدُّنْيَا  والآخِرَةِ
Ya Allah , aku memohon kepadaMu keafiatan ( sejahtera ) dunia dan akhirat .
HR al-Tirmizi no 3594



Petua Beramal

Walaupun kita boleh meminta kepada Allah apa sahaja yang kita kehendaki dari urusan dunia dan akhirat , Nabi saw mengajar kita untuk memohon kesejahteraan dunia dan akhirat . Sesetengah manusia bahagia di dunia , sengsara di akhirat . Sebahagian yang lain pula bahagia di akhirat tetapi susah di dunia . Namun yang paling baik adalah bahagia di dunia dan akhirat .

Dalam sebuah hadith  sahih riwayat al-Tirmiziyang lain , Nabi saw bersabda , maksudnya : Mohonlah kepadaAllah keampunan dan afiat kerana sesungguhnya seseorang itu tidak diberi setelah keimanan yang lebih baik daripada afiat .


Sumber : Ustaz Zahazan Mohamed

No comments:

Post a Comment