Himpunan Doa : Doa memohon keteguhan iman


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْألُكَ إِيمَاناً لا يَرْتَدُّ ، وَنَعِيماً لا يَنْفَدُ ، وَ مُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
Maksudnya :" Ya Allah , sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang tidak akan lepas ( murtad ) nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad saw di syurga yang paling tinggi selama-lamanya .

Petua Beramal

Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi saw dalam munajat-munajat baginda . Menurut mazhab Ahlissunnah wal jama’ah , iman seseorang itu bertambah dan berkurang . Adalah amat malang jika permulaan hidup berada dalam taqwa , tetapi ketetapan akhirnya , ialah mati dalam su’ al-Khatimah , maka nerakalah tempat kembalinya .

Menurut sebuah hadith sahih riwayat al-Bukhari , Nabi saw bersabda maksudnya : “ Sesungguhnya amalan kamu dinilai pada bahagian akhirnya”.Maksud hadith ini ketentuan akhirnya jika baik , maka syurgalah tempatnya , demikian sebaliknya jika buruk , nerakalah tempatnya .

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata , ramai sahabat menangis tatkala hampir mati . Apabila ditanya , mengapa menangis . Mereka menjawab , Allah swt membahagikan hambaNya kepada dua golongan , yang pertama adalah ahli syurga dan yang kedua ahli neraka . Awak tidak tahu dimanakah kedudukanmu.

Sumber : FB Ustaz Zahazan Mohamed

1 comment: