Info Ringkas : Tip Gerak Kerja Wanita Hamil.


Salam,

Tempoh mengandung Sembilan bulan bukan la alasan untuk seseorang bakal ibu itu untuk tidak bergiat aktif dan cergas ketika melakukan rutin harian sama ada di rumah mahupun di pejabat, hatta, untuk melakukan aktiviti senaman sekalipun. Namun, apa jua bentuk aktiviti rutin atau aktiviti senaman yg ingin dibuat perlu kena dengan caranya, dan mesti lebih berhati2.

Sebagai seorang wanita yg sedang hamil anda perlu :
  1. Melakukan kerja di kedudukan yg rendah contohnya dalam keadaan duduk bersimpuh atau melutut. 
  2. Cuba elakkan melakukan kerja dalam keadaan membongkok atau ketika berdiri.
  3. Sewaktu mengangkat sesuatu objek, bengkokkan lutut dan tegakkan belakang badan anda sedapat mungkin supaya objek yg dibawa dekat pada badan anda.
  4. Mengelak mengangkat barang dari tempat yg tinggi kerana dikhuatiri anda mungkin akan kehilangan keseimbangan.
  5. Mengiring terlebih dahulu, diikuti dengan bergerak pada kedudukan melutut sewaktu hendak berdiri selepas berbaring.
  6. Seeloknya gunakan kekuatan paha anda untuk menolak badan anda naik. Anda juga boleh memegang meja atau katil sebagai sokongan untuk berdiri.
  7. Elakkan dari terus berdiri secara spontan bagi mengurangkan kemungkinan untuk anda mengalami hilang keseimbangan mahupun pitam.
  8. Sebolehnya cuba melakukan gerakan bangun dan duduk setiap  sejam sekali bagi merehatkan bahagian belakang sewaktu bekerja di pejabat. Gerakan ini juga dapat membantu anda mengurangkan tekanan ketika bekerja.
  9. Merehatkan badan dan minda dengan melakukan aktiviti ringkas seperti pejamkan mata, tarik nafas dengan perlahan dan seimbang, kemudian lepaskan nafas secara perlahan-lahan. Cara ini dapat membuatkan anda berasa lebih tenang terutama ketika anda terasa sangat letih, tertekan ataupun sedang sibuk bekerja.
  10. Cuba berzikir dan membaca Al-Quran bagi menenangkan diri.
  11. Elakkan dari bersenam pada minggu2 pertama dan pada minggu2 akhir tempoh kehamilan kerana dikhuatiri akan terlalu meregangkan otot anda.
  12. Elakkan dari bersenam atau beriadah keterlaluan sehingga anda berasa terlalu letih dan tercungap2 kerana dikhuatiri boleh menyebabkan anda pitam.
  13. Elakkan dari melakukan sukan lasak yg boleh menggugat kandungan atau mencederakan abdomen anda.
  14. Pilihlah sukan atau senaman ringan yg sesuai untuk ibu hamil seperti berjalan, berenang dan sebagainya.
  15. Cuba dapatkan nasihat dari doktor anda atau pihak yg lebih arif berkaitan aktiviti yg sesuai dengan keadaan kesihatan anda dan usia kandungan anda.

Sumber : Tip Kehamilan - Majalah Harmoni

1 comment:

  1. Untuk ibu-ibu yang perlukan bantuan..mari dapatkan ebook yang terbaru..sesuai bagi semua golongan muda atau berusia...mudah faham dan harga berpatutan..

    Tawaran LUAR BIASA hanya untuk 20 pembeli pertama!

    http://selepasbersalin.com/

    ReplyDelete