Kekejangan kaki ketika hamil.


Salam,

Entry berkaitan kehamilan kali ni nak kongsi pasal kekejangan kaki. Rasanya mana2 perempuan yg hamil akan rasa kejang atau sakit di kaki kan, samaada teruk atau sedikit, kerap atau sekali sekala yg membezakan antara seseorang wanita hamil dgn yg lain tak pun antara kandungan pertama dengan yg seterusnya.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:
  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.


Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:
  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.


Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anada menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

P/s: Pernah tak korang rasa bila time berbaring secara menelentang, then time nak tukar posisi kepada berbaring secara mengiring, korang rasa sakit yg amat, nak beralih posisi tu pun rasa cam nak nangis sakitnya, usahkan nak terus bangun???? sampai ke satu tahap minta tolong suami angkatkan!!!


Sumber : babycenter.com.my

No comments:

Post a Comment