Lagi-lagi kek!!!


Salam,

Pepagi lagi dah letak entry pasal makan2, dah macam blog resipi plakkan berderet entry pasal makanan, ni jer la aktiviti duk umah, tak boleh nak cuti-cuti malaysia, main masak2 kat umah pun jadi la...tambah2 plak ade second chef kat umah yg mulutnya tak reti nak diam ni, seronok gak duk kat dapur, walau kekadang terasa sempit dapur ngan kelibatnya yg tak reti nak duduk diam tu, dan ditambah plak ngan third chef yg mengikut jer apa yg second chef tu buat boleh jadi haru jugak dapur...nanti kalau dah kuar yg dalam perut ni lagi bertambah haru la dapur...nasib la anak2 suka duk tgk mama dia memasak, mudah2an si kakak akan jadi lebih pandai masak dari mamanya nanti bila dah besar, InsyaAllah....

Buat kek ni tgh hari semalam, sebab hubby kata nak beli nasi ayam jer tuk lunch, so dah tak de aktiviti masak2 lauk tuk tgh hari, tuk isi masa tu buat la kek, kali ni buat kek epal, saje nak cuba2 buat kek lain sikit, biasa buat kek guna bahan2 asas jer cam guna marjerin/butter, telur, tepung, serbuk penaik, pewarna...so tengok jer la gambar kat bawah ni, hasil dari membaking semalam.

 Sebab potong buah epal tu kecik sangat, tu yg tak berapa nampak rupa epal kat dalam kek ni...


 Lembut dan sedap kek ni..khas buat Rifqi yg suka makan kek dan buah epal!!!

Isi epal banyak berkumpul kat bahagian bawah kek ni jer, haru tul la....

Ok la tuk resipinya saya ikut resipi dari blog ummizaihadi-homesweethome, cumanya saya tak guna mentega, just guna marjerin jer, sebab stok butter tak dak....

Apple Cake

Bahan:-
1 biji epal merah (besar)
100 gm mentega - suhu bilik
80 gm gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telor
100 ml fresh cream/whipping cream
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Membuat:-
Bersih dan kupas epal, potong kecil2 lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu besar gula. Kemdian masak sehingga epal jadi lembut. (*Ummi masukkan aje dalam microwave selama 3 minit). Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jasi bentuk krim. Masukkan gula, pukul hingga jadi putih. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul. Kemudian masukkan fresh cream/whipping cream, kacau sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang (*ummi guna loyang 4 x 8 in) yang telah dialas dengan baking sheet dan disapu mentega dan ditabur sedikit tepung. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180 deg. celcius


2 comments:

  1. guna epal merah ni sure agak manis la kan kak..kalau guna epal hijau camne plak rasanya

    ReplyDelete
  2. Amie :>> bagi akak tak de la manis sgt pun, ok jer rasanya kalau guna epal hijau ade rasa masam2 sikit kot..

    ReplyDelete