Perkembangan Janin : Empat Bulan


Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-17 hingga minggu ke-.20.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-17

Perkembangan bayi anda sekarang:
  • Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung
  • Berat sekitar 5 auns / 140 gram. 
  • Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian.
  • Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 
  • Denyutan jantungnya sudah boleh didengar dengan bantuan stetoskop khas.
      My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-17 (source: pregnancycheck.com)
      My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-17 (source: pregnancy.about.com)
      My Image(source: pregnancy.org)


      Perkembangan Janin : Minggu Ke-18

      Perkembangan janin pada minggu ke-18 ialah :
      • Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung
      • Berat sekitar 7 auns / 190 gram. 
      • Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion. 
      • Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan.

            My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-18 (source: pregnancycheck.com)
            My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-18 (source: pregnancy.org)
            My Image(source: pregnancy.org)

            Skan ultrasound semasa trimester kedua bertujuan :
            • Menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, 
            • Menapis beberapa kecacatan kelahiran, 
            • Memeriksa plasenta dan tali pusat, 
            • Menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat.

            Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkok luruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari.

            Perkembangan Janin : Minggu Ke-19


            Perkembangan janin pada minggu ke-19 ialah:
            • Ukuran bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung
            • Berat sekitar 9 auns / 240 gram.
            • Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. 
            • Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.
            • Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. 
            • Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks.
            • Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

                  My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-19 (source: pregnancy.about.com)
                  My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-19 (source: pregnancy.org)
                  My Image(source: pregnancy.org)

                  Perkembangan Janin : Minggu Ke-20

                  Perkembangan janin pada minggu ke-20 ialah:
                  • Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung
                  • Beratnya mencecah 300gm
                  • Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran.
                  • Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. 
                  • Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.
                        My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-20 (source: pregnancy.about.com)
                        My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-20(source: pregnancy.org)


                        Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-17 , minggu ke-18 , minggu ke-19 , minggu ke-20),

                        Coretan Berkaitan :

                        No comments:

                        Post a Comment