Perkembangan Janin : Enam Bulan


Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-25 hingga minggu ke-29.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-21
  Source : pregnancytoday.com

Perkembangan bayi anda sekarang:
  • Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram
  • Panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter.
  • Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. 
          My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-25 (source: pregnancy.about.com)
          My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-25 (source: pregnancy.about.com)

          Perkembangan Janin : Minggu Ke-26


          Perkembangan janin pada minggu ke-26 ialah :
          • Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter.
          • Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram.
          • Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini.
          • Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. 
          • Dia terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

                    My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-26 (source: pregnancy.about.com)
                    My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-26 (source: pregnancy.about.com)
                    My Image(source: pregnancy.org)

                    Perkembangan Janin : Minggu Ke-27


                    Perkembangan janin pada minggu ke-27 ialah:
                    • Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram
                    • Berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki.
                    • Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 
                    • Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. 
                    • Otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.
                    • Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan.

                    My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-27 (source: pregnancycheck.com)
                    My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-27 (source: pregnancy.org)

                    Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen.

                    Perkembangan Janin : Minggu Ke-28

                    Perkembangan janin pada minggu ke-28 ialah:
                    • Berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram
                    • Mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. 
                    • Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar.
                    • Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

                    My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-28 (source: pregnancycheck.com)
                    My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-28(source: pregnancy.about.com)
                    My Image(source: pregnancy.org)

                    Perkembangan Janin : Minggu Ke-29

                    Perkembangan janin pada minggu ke-29 ialah:
                    • Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram
                    • Ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki.
                    • Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. 
                    • Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
                    • Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini.
                    • Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.


                    My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-29 (source: pregnancycheck.com)
                    My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-29(source: pregnancy.org)


                    Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-25 , minggu ke-26 , minggu ke-27 , minggu ke-28), minggu ke-29)

                    Coretan Berkaitan :

                    No comments:

                    Post a Comment