Perkembangan Janin : Lima Bulan


Dibawah adalah perkembangan janin dari minggu ke-21 hingga minggu ke-24.

Perkembangan Janin : Minggu Ke-21

Perkembangan bayi anda sekarang:
  • Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. 
  • Dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. 
  • Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. 
  • Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya.
        My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-21 (source: pregnancy.about.com)
        My ImageGambar 3D scan pada minggu ke-21 (source: pregnancy.org)
        My Image(source: pregnancy.org)

        Perkembangan Janin : Minggu Ke-22

        Perkembangan janin pada minggu ke-22 ialah :
        • Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, 
        • Berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. 
        • Kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. 
        • Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. 
        • Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.
        • Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi.

                My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-22 (source: pregnancy.about.com)
                My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-22 (source: pregnancy.org)
                My Image(source: pregnancy.org)


                Perkembangan Janin : Minggu Ke-23

                Perkembangan janin pada minggu ke-23 ialah:
                • Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram
                • Berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit.
                • Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. 
                • Paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas.
                • Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.
                • Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai.

                        My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-23 (source: pregnancycheck.com)
                        My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-23 (source: pregnancy.about.com)

                        Perkembangan Janin : Minggu Ke-24

                        Perkembangan janin pada minggu ke-24 ialah:
                        • Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. 
                        • Sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna, walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah
                        • Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. 
                        • Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. 

                                My ImageGambar 2D scan pada minggu ke-24 (source: pregnancycheck.com)
                                My Image Gambar 3D scan pada minggu ke-24(source: pregnancy.about.com)
                                My Image(source: pregnancy.org)

                                Sumber article : babycenter.com.my (minggu ke-21 , minggu ke-22 , minggu ke-23 , minggu ke-24),

                                Coretan Berkaitan :

                                No comments:

                                Post a Comment