Perkembangan Janin : Saat2 persenyawaan



Mengikut istilah perubatan, tempoh kehamilan seseorang wanita itu ialah 40 minggu (280 hari) dipecahkan kepada 13 minggu untuk setiap trimester. Pengiraan tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dihitung bermula dari hari pertama haid terakhir (LMP) anda. Ini bermakna, persenyawaan masih belum terjadi lagi dalam tempoh 2 minggu pertama yg diistilahkan sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan 10 hari tempoh kehamilan itu. Kesukaran untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi, dan juga bila sperma mensenyawakan telur, menyebabkan pakar perubatan menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara "rasmi" minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula.

Persenyawaan boleh terjadi dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas ovulasi (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari @ lebih kurang 14 hari  sebelum jangkaan haid anda yg seterusnya).Satu daripada telur anda yang telah berada di tiub falopio akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani yang normal) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus dan terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur tadi.

Telur yg sudah disenyawakan ,sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya bagi menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang disitu  (Uterus menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah, dan dengan peningkatan tahap hormon progesteron, membolehkan uterus untuk menyara telur yang telah disenyawakan).

Dalam tempoh masa yang singkat, badan anda akan mendapat signal  bahawa anda telah mengandung, dan haid tidak datang, Namun anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.

Gambar telur disenyawakan oleh sperma
Source : http://wwwwebmd.com/baby/slideshow-fetal-development

Sumber : babiesonline.com, babycenter.com.my , pregnancy.about.com

Sambungan :
  • Perkembangan Janin : Satu Bulan
  • Perkembangan Janin : Dua Bulan
  • Perkembangan Janin : Tiga Bulan
  • Perkembangan Janin : Empat Bulan
  • Perkembangan Janin : Lima Bulan
  • Perkembangan Janin : Enam Bulan
  • Perkembangan Janin : Tujuh Bulan
  • Perkembangan Janin : Lapan Bulan
  • Perkembangan Janin : Sembilan Bulan

1 comment:

  1. saya dulu kan bunting pelamin tapi kalau ikut calculation doktor, saya pregnant sebelum kahwin lagi. Tapi itu ikut calculationla. Sebab saya kawin pastu period lama, tapi terus pregnant.Konfius mcmanala doktor tu calculate EDD.

    kak, saya tag akak untuk giveaway. Kalo rajin buatla ye.

    ReplyDelete