Saat merasa pergerakan bayi dalam kandungan...


Bagi bakal2 ibu yg pertama kali merasai alam kehamilan pasti ternanti2 saat pertama kali merasa pergerakan bayi. Apakah dan bagaimanakah reaksi anda sewaktu pertama kali dapat merasa pergerakan tersebut? Mungkin ade yg kekadang tertanya2 adakah gerakan yg kita rasakan itu adalah pergerakan yg terhasil daripada bayi atau sekadar gerakan angin dalam perut kita, tak pun hanyalah imiginasi kita semata2...pastinya juga saat pertama kali kita dapat merasakan pergerakan bayi kita itu, kita tak sabar2 ingin kongsi dengan yg tersayang, dan sebolehnya kita mahu suami kita juga dapat melihat dan merasa apa yg kita rasakan bukan? Dan bagi bakal bapa juga, setidaknya pasti senyuman akan terukir dibibir tatkala merasa pergerakan hero/heroinnya menendang2.

Tidak kurang juga ade pasangan yang tak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan saat pergerakan ini berlaku, dan ade juga yg mengambil gambar kenangan tapak kaki bayi yg kelihatan  timbul di permukaan kulit perut si ibu. Ini la salah satu keajaiban alam kehamilan.

Bagi bakal2 ibu yg pertama kali hamil, adalah normal sekiranya tidak menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak. Mungkin anda hanya akan menyedarinya diantara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi yang sudah mempunyai pengalaman mengandung pula, pergerakan ini boleh disedari lebih awal lagi iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Pada peringkat awal, anda akan merasai pergerakan lemah lembut dari bayi anda dan kekadang terasa seperti denyutan di perut anda. Pergerakan bayi anda akan berubah seiring dengan perkembangan pembesarannya dari pergerakan lemah lembut kepada tendangan-tendangan kuat, dan berlaku dengan lebih kerap. Namun begitu, anda harus tahu bahawa bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa. Ini kerana, ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan tidur dan ada masa-masanya tertentu  anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring, berehat dan hendak tidur!Adalah normal jika semasa anda sedang sibuk, anda kurang menyedari pergerakan bayi anda.

Berikut sedikit panduan pergerakan bayi didalam kandungan mengikut minggu:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.


Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.


Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.


Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.


Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.


Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Sumber : babycenter.com

1 comment: