Sekadar berkongsi: Kicap Cap Kipas Udang Tiruan


Selamat pagi,

Sekadar memanjangkansatu artikel yg terjumpa kat status FB kawan pasal Kicap cap Kipas Udang Tiruan ni, Artikel asal kat link ni http://www.facebook.com/note.php?note_id=176159685741431&id=146449658735341, betul atau tidak, lama atau baru isu ni , tak salah kalau kita ambil tahu untuk persediaan agar sentiasa berwaspada dan berhati2....

Email dari Zara (pengeluar kicap cap kipas udang) kepada En Azhar Ramli

ASSALAMUALAIKUM

Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.


Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.


Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.


Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.


Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.


Kat bawah ni perbezaan ketara yang dapat dilihat pada patern dan label. Sila perhatikan betul-betul dan semak kicap Cap Kipas Udang yang ada kat dapur rumah anda tu. Hee..









1 comment:

  1. salam, minta izin cpy dlm blog boley?
    sbb saya juga adalah pengemar kicap kipas udang...

    ReplyDelete