Stawberry Yogurt Chiffon cake


Salam,

Dah hampir tgh hari, entry masak2 kali ni nak kongsi resipi Strawberry Yogurt Chiffon Cake. Buat petang semalam. Resipi asal Yogurt Chiffon Cake tapi saya refer resipi dari blog Ilham Dapur, Peach Yogurt Chiffon Cake tu, cuma tukar yogurt perisa peach dengan yogurt perisa Strawberry jer.
 





Sumber Resipi :  Ilham Dapur { resipi asal : Yani (Decochoco) } 
Bahan-bahan :

  • 4 biji
  • 60g gula kastor
  • 110g yogurt - kita guna yogurt perisa peach (Tukar dengan perisa Strawberry)
  • 20g jus lemon - kita ganti dengan air masak
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 40g tepung gandum
  • 40g tepung jagung ( corn starch)
  • 1 sdk baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam - ni kita tambah sendiri (x letak sebab terlupa)
Cara-cara:-

1.Asingkan putih dan kuning telur.

2.Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.

3.Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi, minyak masak, jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.

4.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.

5.Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau dengan kaedah kaup balik.

6.Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.

7.Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan kek tadi. Biarkan sejuk.

8.Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.



Selamat Mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment