Ada sesuatu yg asyik lupa jer nak buat...


Salam,

Memang asyik terlupa jer nak buat yg satu nih, tah la, klau dah awal2 pagi tak masukkan dalam to do list yg ade dalam otak kepala ni memang sah2 la akan terlupa...huhuhuhu...nak mula tu yg asyik terlupa jer, klau dah start nanti mesti ngan sendirinya akan tersenarai dalam to do list kat cpu kepala nih...adoyai...dah tgh hari baru teringat, patutnya boleh jer nak buat tapi cam malas plak...hish yakin sangat ker gerakan baby ni cukup aktif sampai tak bleh nak ingat kan diri isi carta gerakan tu... ;0(

Ikutkan dari last week lagi doktor dah suruh kira pergerakan baby nih, ya la last week kan minggu ke-28 usia kandungan, dah memang patut start kira la..tapi tu la asyik terlupa jer, esok dah kena pergi klinik tuk rutin check up, huh kena tanya la nanti ngan nurse nape tak buat..harap2 baby akan kasi kerjasama ngan tak gerak2 la masa nak check degupan jantung esok, klau ikut last check up baru ni, susah gak nurse tu nak cari kedudukan baby, tapi time tu baby masih dalam keadaan songsang, harap esok senang la nak dapat dengar denyutan jantung baby....




Secara ringkas berkaitan pergerakan janin/baby dan carta pergerakan nih:
  1.  Kekerapan pergerakkan janin/bayi
    • Pengiraan pergerakan jani ini penting sebagai cara pemerhatian pergerakan bayi/janin, sama ada aktif atau sebaliknya. Pergerakan janin/bayi ini juga bagi menunjukkan keadaan kandungan yg sihat.
    • Mengikut kajian purata bilangan pergerakan janin :
      • Mulai minggu 20 : 200 kali pergerakan seminggu
      • Mulai minggu 32 : 575 kali pergerakan seminggu
      • Pada minggu 40 : 282 kali pergerakan seminggu
      • secara normal, pergerakan janin adalah 4 kali atau lebih setiap jam pada minggu 32
    • Pergerakan janin menjadi sangat aktif pada waktu malam bermula pukul 9.00 malam hingga 1.00 pg (berkait rapat dengan pengambilan makanan pada waktu malam)
    • Glukosa, kandungan gula semula jadi yg terdapat dalam makanan boleh meransang janin bergerak aktif.
    • Adalah normal, sekiranya anda sibuk bekerja, anda kurang merasa pergerakan janin, ini mungkin disebabkan janin terlena dibuai pergerakan yg anda lakukan.
    • Janin memerlukan rehat seperti tidur selama 20 minit dalam masa 2 jam. Ini bermakna sekiranya kurang merasa pergerakan bayi anda, mungkin dia sedang berehat.
  2. .
  3. Cara menggunakan carta- tak sure sangat tapi setakat yg saya tahu :
    • Pengiraan dibuat dalam masa 12 jam, dan perlu dicatat 10 pergerakan dalam tempoh tersebut
    • Contohnya : jika mengira dari pukul 9.00 pg, sebelum pukul 9.00 malam anda telah pun mendapat 10 pergerakan bayi
    • Dicadangkan pengiraan dibuat bermula selepas anda makan, contoh selepas sarapan pagi, ini kerana makanan boleh membuat bayi aktif.
    • catat kan waktu gerakan ke-10 yg anda dapat, contoh kalau pukul 5.30ptg dah dapat 10 gerakan bayi, catatkan waktu 5.30ptg tu.
    • Sebolehnya catat tendangan bayi anda pada tempoh waktu yg sama setiap hari, kiranya kalau hari first anda catat pergerakan bayi anda, anda pilih pukul 9.00pg-9.00mlm, hari2 seterusnya pun anda perlu start dengan pukul 9.00pg jugak.
  4. .
  5. Tindakan atau pemeriksaan jika ade masalah- Jika anda dapati pergerakan bayi anda dalam tempoh 12jam tersebut kurang daripada 10 gerakan, anda perlu berjumpa terus dengan doktor bagi memeriksa keadaan kandungan anda. Ini dikhuatiri pergerakan bayi yg tidak aktif itu mungkin berpunca dari masalah tertentu seperti kedudukan janin, samaada bayi terbelit dengan tali pusatnya, air ketuban tidak mencukupi atau sebaganya...

Harap membantu!!!!

2 comments:

  1. betul la..yang ni memang selalu lupa la kak..selalu main ngelat je..hehehe

    ReplyDelete
  2. betul.. wife selalu lupe..

    ReplyDelete