Teringin punya pasal...


Salam,

Bangun pagi ni dengan perasaan yg letih sangat sampai rasa lemah seluruh badan, mungkin cuaca pagi ni yg mendung nak hujan mempengaruhi mood jugak kot...sampaikan pagi tadi rasa tak bersemangat nak buat sarapan yg berat2..tapi still makan sarapan berat gak, Thank hubby sebab rajin turun pi kedai belikan nasi lemak dan donut tuk anak2...sayang abang!!!

Oppps entry ni bukan nak citer pasal sarapan pagi tadi pun, ni nak story petang semalam sempat buat kek...hmmm kek lagi kan, tak abis2 ngan kek,  tapi kali ni bukan la memenuhi permintaan Rifqi, sekarang ni dia dah kurang minta2 kek ni, kali ni buat khas tuk diri sendiri, sebab tetiba jer baby dalam perut ni teringin nak makan kek coklat..hihihihi baby yg teringin ker mak buyung yg teringin nih.. :0)

Nak buat kek ni pun fikir banyak kali jugak nih, sebab last buat dulu budak2 berdua ni kureng sikit makannya..tak tahu la kali ni camna tak promote lagi kat safiyya nih, semalam kek belum masak dia dah tidur..Rifqi jer yg sama2 ngap ngan mama masa kek masih suam2 lagi..sebab kes teringin sangat nak makan la sampai tak sempat nak tunggu kek tu sejuk betul2, topping pun tak berapa nak keras sangat lagi dah potong dulu...nasib la kan baby dah tak sabar sangat nak rasa keenakan kek coklat nih, suam2 pun abis 2 potong kena ngap ;0)





Buat kek ni ikut resipi kat bawah ni, tapi buat separuh jer dari sukatan asal, cukup la tuk memenuhi keinginan kan...ok la jom tgk apa bahan2 tuk buat kek coklat nih.


Kek Coklat Kukus
Sumber : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
Sumber asal : Buku 1 Hari 1 Resepi CHEF HANIELIZA

Bahan A:-
  • 1 cawab susu cair (akak guna fresh milk)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan gula perang (akak letak 1 3/4 cwn je)
Bahan B:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko (*akak guna jenama Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C (dikacau rata):-
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Krim Coklat (Ganache):-
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega
Cara Membuat Kek:-
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
  3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
  4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
  5. Lapik loyang dengan kertas baking (*akak guna loyang bulat 7 in) dan tuangkan adunan.
  6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. (akak balut penutup kukusan dengan kain semaasa mengukus kek)
  7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.
Cara Membuat Krim Coklat:-
  1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
  4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.


No comments:

Post a Comment