Dah sedia nak ber'shopping2'?


Salam,

Hujung2 minggu ni pasti ade yg bercadang tuk keluar shopping2 kan? mana yg ade anak tu mungkin masih ade yg keluar shopping last minit mencari barang2 yg terlupa nak dibeli..esok bermula la sesi persekolahan 2011, dan bagi yg duk kat Kelantan, Terengganu dan Kedah, pagi ni dah pun mula bersekolah kan...

Sebut pasal shopping ni, pasti korang pun dah sedia maklum yg kerajaan dah start kempen "Hari Tanpa Plastik 2011" bermula 1hb January 2011 iaitu semalam, Ikutkan kempen ni dah pun bermula disesetengah negeri dan sesetengah pasaraya dah agak lama la jugak kan, cuma kali ni di perluaskan lagi..Kalau tak silap kebanyakan pasaraya mememilih hari sabtu sebagai "Hari Tanpa Plastik" ni kan?


Sebelum ni, pasaraya "Cowboy" kat Temerloh jer (kalau tak silap) yg buat Kempen hari sabtu tanpa beg plastik ni kat daerah sini, la ni rasanya semua pasaraya dah yg terlibat, sebabnya semalam masa keluar shopping barang2 dapur kat Bandar Jengka , pasaraya kat sini pun dah start Kempen Hari Tanpa Plastik ni, dan rata2 dalam berita semalam pun meng'highlight' berita pasal kempen ni jugak.

Dan semlam jugak dah pun men'derma' RM0.40 gara2 tak tahu kempen ni dah start, satu beg Plastik berharga RM0.20, nasib tak banyak barang yg dibeli kalau tak... tak pasal2 banyak men'derma' semata2 tuk beg plastik tu, Actually dah ade reusable beg tu dalam handbag, tapi semalam dek kerana melenggang jer keluar cuma bawa dompet/beg duit jer, terpaksa la men'derma', sikit pun duit jugak kan..lepas2 ni beringat jer la...

Harapnya Kempen ni dapat sambutan la dari rakyat malaysia, tak nak la bumi kita ni penuh dengan plastik beg semata2 ego kita yg tak nak dan rasa cerewet nak bawa reusable bag semasa keluar shopping, memang la RM0.20 tuk satu plastik beg tu nampak tak seberapa bagi sesetengah golongan, Jangan dipandang pada harga yg ciput tu tapi fikir la demi kehijauan bumi kita, simpan la RM0.20 tu demi keselesaan hidup anak2 kita pada masa depan...

So..dah sedia tuk shopping2???

No comments:

Post a Comment