Hasil import dari kampung...


Salam,

Dah lama tak balik kampung, Safiyya pun dah beberapa kali sebut nak balik kampung, jumaat lepas dapat la jugak peluang balik ke lipis, lagi 2 minggu time cuti tahun baru cina nanti akan balik ke Lipis jugak lagi, ade kenduri kat umah mak,

Kebiasaannya kalau dah balik ke lipis tu pasti ade sesuatu yg akan di beli untuk dibawa balik ke sini, tabiat ni memang dah terbiasa dari masa duduk kat KL dulu lagi, even dah duduk kat dalam negeri pahang ni jugak tapi rasa puas jer klau dapat import 2 benda kat bawah ni dari pasar padang tengku...hihihihi nak tahu apa yg selalu di import tu...tgk kat bawah ni:

Lada...
tah la lagi suka beli lada kat pasar padang tengku dari beli lada kat sini
Tempoyak..
Kalau dah habis stok sanggup tak beli kat sini, yg ni tempoyak manis, suka beli yg manis ni, kekadang jer beli tempoyak masam tuh, kata orang kalau nak buat masak tempoyak lagi sedap tempoyak masam, kalau yg manis ni even letak asam pun tak sama rasanya. Tah la cam saya lagi suka bau tempoyak manis ni, ala2 bau durian fresh. lagi pun bak kata mak saya la kan kalau nak kasi masam tu letak jer kat luar peti sejuk dalam sehari dua masam la jadinya tempoyak ni. :0)

Kalau masa duduk kat KL dulu rajin import ikan patin sangkar...hihihih macam la KL tak de ikan patin kan, bila dah duduk kat jengka ni tak de la pulak nak import2 patin dari pasar padang tengku tu, dah duduk kat dalam pahang jugak kan, lagi pun kat sini pun senang nak dapat patin sangkar sungai... tak yah dah nak import2 ni

Kali ni import sekali Gula Kabung, borong 5 sekali...

Tapi bukan untuk diri sendiri...yg ni kakak ipar pesan, minggu ni dia tak balik kampung tu yg dia pesan minta tolong belikan tuk buat Dodol. Sebenarnya dia dah beli sikit kat jerantut baru2 ni, tapi yg dia beli tu harganya RM7.00 satu mahal la sikit. Kalau beli kat pasar padang tengku harganya dalam RM5.00 satu tuk yg dibalut dengan daun, dan kalau yg letak dalam plastik biasa tu harganya dalam RM4.50 satu. Ni harga sekarang la tapi kalau dekat2 nak puasa rasanya harga naik sikit kot.

No comments:

Post a Comment