Hasil meroti semalam...


Salam,

Petang semalam sempat menguli doh buat roti, dah lama tak menguli ni terasa gak la ke perut, bila dah terasa ke perut tu tak de la nak beria sangat mengulinya, buat ala kadar jer, nasib baik la doh tu bagi kerjesama yg jitu kat mak buyung nih, hahahha menjadi jugak la roti mak buyung nih, cheh puji diri sendiri adat la kalau dah namanya amatur, roti naik dan sedap ditekak tu kira okey la kan...

Mulanya nak buat yg letak filling kat atas roti tuh, tapi sbb dah mengah menguli malas plak la nak membuatnya, last2 letak coklat cip dan stawberry cip jer, so ni la hasilnya, memang klau makn panas2..sedaaaappppp cheh masuk lif tekan sendiri lagik...



Roti ni guna resipi Basic Doh dari Kak Nor Secubit Garam

Basic Doh

Bahan2:

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan

Kaedah menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

No comments:

Post a Comment