Himpunan Doa : Doa Mengubat demam panas


Salam,

Cuaca diawal tahun 2011, boleh dikatakan kat sini mendung dan hujan hampir setiap hari, terdetik jugak sebelum ni, kalau dah cuaca begini trus ade demam balik anak2, setakat ni Rifqi seorang sahaja yg berair hidung nya, kesian anak mama nampak tak selesa nak main, perasaan nak main tu ade tapi sekejap2 berhenti serba tak kena saje...harapnya tak de la melarat sampai demam.

 Kat bawah ni doa mengubat demam panas sebagai satu usaha kita klau anak2 kita mengalami demam panas:



بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ ،
وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .


Keterangan dan Petua Beramal

Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.

Sumber : FB Ustaz Zahazan Mohamed

1 comment: