Isteri preggy, suami naik badan ;0)


Salam,

Last week time rutin check up, timbang berat dah mencecah 11kg naik dari sebelum preggy dulu, ade lebih kurang 11 minggu lagi nak sampai tarikh due, tah berapa kilo lagi la badan ni nak naik, klau time Safiyya dan Rifqi dulu, berat cam sekarang ni dah pun bersalin, masa awal2 preggy dulu doktor ade tanya bleh ker naik 10kg berat sebelum bersalin, cam tak percaya plak doktor tuh patient dia nih bleh tambah berat, apa ingat orang yg under weight tak bleh nak tambah berat banyak2 ker? nah ambik, bukan setakat 10 kilo jer tah berapa kilo kali ni bleh naiknya..

Bukan setakat patient you yg preggy ni jer bleh naik badan banyak tau, my hubby pun naik sama badan, hmmm..adakah normal tuk seorang suami akan naik sama berat badan seiring ngan pertambahan berat wife nya yg tgh preggy? jawab-jawab....

hihihihi ....my hubby naik berat badan tak de la sampai 10kg jugak tapi hampir separuh dari tu la, tapi badan still maintain lagi, tak de la PJK nya, sebab kitaorang ni sama2 kurus dan sama2 susah nak naik badan..so bila wife dia naik berat dia pun turut sama naik la..adil kan camtu?
Kat bawah ni sedikit info berkaitan kenaikkan berat badan yg sesuai ketika hamil..bukan untuk suami tapi isteri ya
  • Sekiranya anda memiliki berat badan normal (ideal) sebelum hamil : Pertambahan berat badan yg sesuai ialah antara 10 hingga 15 kilogram ketika hamil.

  • Sekiranya anda memiliki berat badan yg berlebihan sebelum hamil (overweight) : Pertambahan berat badan yg sesuai ialah antara 6 hingga 10 kilogram ketika hamil.
  • Sekiranya anda memiliki kurang berat badan sebelum hamil (underweight) : Pertambahan berat badan yg sesuai ialah antara 12 hingga 18 kilogram ketika hamil. (bergantung kepada kandungan) . -Kenaikkan berat badan lebih dari 0.5kg seminggu.
  • Sekiranya anda hamil kembar (multiple) dua, tiga atau lebih. anda perlu menambah lebih berat badan ketika hamil bergantung kepada bilanagn bayi yg anda kandung.

Kepentingan pertambahan berat badan yg betul ketika hamil :
  • Pertambahan berat badan yg betul dapat membantu melindungi kesihatan bayi yg dikandung.
  • Wanita hamil yg berat badannya bertambah terlalu sedikit berisiko untuk mendapat bayi yg kecil (kurang dari 2 kilogram)
  • Wanita yg berat badannya bertambah terlalu banyak pula berisiko untuk melahirkan bayi yg terlalu besar ataupun bersalin lebih awal dari jangkaan.
  • Wanita yg berat badannya bertambah terlalu banyak juga mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi , dan bengkak urat kaki ( urat timbul)

Perlu diingat.. hamil bukan la tiket untuk anda makan dua kali ganda atau mengamalkan prinsip "makan untuk berdua" tetapi makan lah makanan yg seimbang dan sihat dan pastikan kenaikkan berat badan anda adalah bersesuaian dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan anda.

Sumber : Majalah harmoni

No comments:

Post a Comment