Kenali Air Ketuban.


Sifat Air Ketuban?
  • Lazimnya air ketuban bersifat jernih
  • Tidak berwarna atau hampir menyerupai air keruh,
  • Tidak pekat seperti lelehan faraj
  • Tidak berbau hancing seperti air kencing.
  • Ia bersifat cair dan jika terpecah akan membasahi seluar dalam seperti air kencing dan boleh meleleh menuruni kedua2 peha, lebih2 lagi apabila seseorang wanita itu berdiri selepas berbaring seketika (kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu berbaring).
  • Warnanya boleh bertukar menjadi kehijauan atau coklat jika bercampur najis janin.


Darimana air ketuban terhasil?
Air ketuban dihasilkan oleh kedua2, ibu dan kandungannya. Pada trimester ke-3 kehamilan, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban (membran amnion), kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin. Jumlah isipadu air ketuban diimbangai oleh penghasilannya dan juga pembuangannya ( melalui proses janin menelan dan serapan usus janin ke dalam aliran darah kembali kepada si ibu).
Kepentingan Air ketuban
Air ketuban mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim. Kepentingannya adalah sebagai medium untuk membantu  :
  • Menyerap kesan hentakan luar (trauma dalam kandungan),
  • Menyerap kesan himpitan (sekiranya berlaku pengecutan rahim dan sebgainya) dan
  • Menstabilkan suhu persekitarannya
  • Bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan daripada luar (Fungsi air ketuban dan selaput ketuban)


Mengapa air ketuban pecah?
Air ketuban boleh pecah sama ada dengan sendirinya atau melalui prosedur tertentu, perhatian dari doktor adalah perlu dalam kedua2 situasi ini. Antara penyebab kepada air ketuban pecah ialah :
  • Prosedur memecah air ketuban yg lazimnya dilakukan sewaktu sakit bersalin
  • Prosedur tertentu sewaktu hamil seperti amniosintesis (Namun kebiasaannya ia tidak disebut sebagai air ketuban pecah)
  • Berlebihan air ketuban dimana rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan didalamnya. Keadaan ini dinamakan polihidramnios.
  • Kelainan sifat tegar selaput ketuban atau sebaliknya menjadi lemah dan mudah bocor.
  • Terdapat pendapat berbeza sama ada jangkitan menyebabkan selaput ketuban lemah dan bocor ataupun sebaliknya, kebocoran selaput ketuban menyebabkan jangkitan.

Apakah risiko air ketuban pecah?
Risiko yg mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran (terutama kepada ibu yg mempunyai masalah polyhydramnios dan kedudukan janin yg tidak normal) ialah :
  • Tali pusat jatuh ke dalam faraj (Umbilical Cord prolapse) - boleh menyebabkan bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera yg akan diambil ialah melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.
  • Uri Lekang ( abruption plasenta ) - Uri boleh melekang daripada perlekatan pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yg berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar, seperti dalam kes berlebihan air ketuban (polyhydramnios), dimana si ibu boleh mengalami kehilangan darah yg banyak serta boleh membahayakan keselamatan ibu dan janin.

Risiko lain yg boleh berlaku akibat air ketuban pecah ialah :
  • Jangkitan kuman (Chorioamnionitis) - Sekiranya air ketuban pecah melebihi 24 jam, kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin (melalui faraj) serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis)
  • Janin lemas akibat tali pusat terhimpit - Tali pusat akan mudah terhimpit sewaktu pengecutan rahim yg terjadi akibat daripada air ketuban pecah.
  • Kelahiran termasuk kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya termasuk, kesukaran pernafasan ( respiratory distress syndrome) , masalah usus ( necrotizing enterocolitis) , pendarahan otak ( intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
  • Kematian sebelum lahir (Stillbirth)
  • Kedudukan janin kekal tidak normal -Ini kerana air ketuban memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Kekurangannya boleh menyebab kesukaran atau kegagalan janin membetulkan kedudukannya sendiri ataupun percubaan doktor membetulkan kedudukan janin menggunakan teknik external cephalic version (ECV)
  • Meconium aspiration syndrome - dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis janin tidak mencair dan meninggikan risiko terhadap bayi sekiranya najis banayk memasuki ruang pernafasan.
  • Anggota kaki membengkak pada sendi buku lali akibat meringkuk/terhimpit (congenital talipes, ankylosis)
  • Gencatan pertumbuhan paru-paru (fetal lung hypoplasia)


Apakah Tindakan yg perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi air ketuban pecah?
Air ketuban yg keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesaki air ketuban keluar, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.


Sumber : Majalah Harmoni (ruangan kehamilan)

No comments:

Post a Comment