Me"Marble" sempena tahun baru...


Salam tahun baru..

Ni kira entry first tuk tahun 2011, hari ni pun sekadar keluar shopping barang2 dapur jer, tak de aktiviti jalan2 pun, cuaca asyik renyai jer nak kuar pun jadi malas, cerewet nak berpayung bagai...Tah bila la matahari nak memunculkan diri, baju diampaian pun dah rindu dengan panas terik mentari..hmmm, cuaca mendung dan hujan renyai2 camni nak keluar jalan2 hujung minggu pun jadi tak seronok...

Tak kisah la tu, dah memang musim hujankan, biar la dia nak turun, hujan tu kan satu rahmat, cuma kita ni jer yg terkadang tak sedar rahmat disebalik turunnya hujan tu, sekurang2nya kalau tak keluar berjalan boleh jugak la ber'eksperimentasi' mencuba resipi baru kan...tak pun bagi bloggers tak dapat keluar berjalan2 or ber'holiday' pun boleh berjalan2 kat alam maya ni kan, blogwalking dari satu blog ke satu blog..tul tak?

Petang tadi sempat buat kek, ni kira first kek tuk tahun 2011 ni la, tapi bukan la buat kek ni semata2 nak sambut tahun baru, cumanya tetiba teringin nak cuba buat kek yg ade cheese dan kebetulan plak hari ni tahun baru kan..so ni la hasil me'marble' petang tadi, Marble Chocolate Cheese cake...so layanzz kek terbalik ni ;0)





Marble Chocolate Cheese cake

Sumber : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com ,

Bahan A:

  • 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) (akak guna gred B je)
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus *
  • 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
Bahan B:-
  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 biji telor gred A (akak guna gred B jek)
Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepungsedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment