Menu dinner malam tadi...


Salam,

Ni saje nak tunjuk menu tuk dinner semalam, dah letih sepanjang petang mengemas bilik kerje hubby, so malam tadi just masak simple2 jer..tanya hubby pun dia kata tak kisah so bila dah jawapan camtu keluar dari mulut hubby, masa tuk ber'eksperimentasi' mencuba resepi yg tak pernah dibuat la kan..walau tak berapa nak cukup bahan2 kat dapur tu tapi still nak cuba jugak buat Nasi Goreng Epal Serai ni...

So ni la hasilnya...

Epal tak nampak, tersembunyi disebalik nasi ;0)
Resepi ni asal dari majalah saji, tapi saya ambil dari blog ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com , pada yg nak cuba macam mana rasa nasi goreng ni boleh la cuba ya...

Nasi Goreng Epal Serai

Bahan:-
1 mangkuk nasi putih
7 - 8 ekor udang basah - bersihkan
2 biji telor
4 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - dadu
2 tangkai cili merah (tumbuk) (*ummi tmbh 6 bj cili padi dihiris)
3 batang serai - hiris halus
1 - 1 1/2 biji epal hijau - potong dadu
2 sudu besar sos ikan
1 tangkai daun pudina (hiris)
Minyak masak
Garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sekali udang dan kacau seketika hingga kekuningan. Kemudian tolak bahan tumis tadi ke tepi kuali dan pecahkan telor. Kacau telor hingga masak berketul. Masukkan pula cili dan kacau semua hingga naik bau. Masukkan serai dan kacau. Kemudian masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan garam, sos ikan dan buah epal. Kacau hingga nasi benar2 masak dan taburkan daun pudina. Gaul rata. Tutup api.
 
Kualiti gambar kureng sikit sebab guna kamera samsung biasa tak guna kamera canon hubby...

Mungkin kalau kat umah ni ade sos ikan tu pasti rasanya lain sikit kot, tapi rasanya still ok kot tak letak, cuma tak sama ngan resepi asal ni jer la kan...

No comments:

Post a Comment