Musim hujan dan demam saling berkait...tul ker?


Salam,

Dah sarapan pagi? sarapan apa pagi nih? nasi lemak? roti canai? nasi goreng? mee? kuih? emmm yummy!!! tentu dah kekenyangan kan...

Kami pagi nih cuma sarapan dengan nasi lemak dan kuih talam sahaja, time sarapan tu la hujan turun mencurah2, dalam minggu ni memang cuaca mendung dan hujan jer, rasanya lepas tahun baru cina baru cuaca kembali cerah kot..agaknya la.

Bila dah asyik hujan macam ni, tak kena gaya anak2 pun boleh demam kan. Ayat kebanyakan orang klau tengok budak2 demam terutama klau time cuaca hujan2 camni mesti cakap dah musim dia. Betul ker klau hujan jer mesti ramai yg demam?

hihihihi tah la tapi ade betul jugak kot, cam rifqi ni la, 2 hari ni lembik sedikit, malam semalam badan dia sedikit panas, Alhamdulillah pagi nih dah cerdas sedikit.

Ok la jom layan gambar menu sarapan kami pagi tadi:

Kuih Talam
Buat nih pun sebab nak habiskan santan yg berbaki sedikit , sayang nak buang

Nasi Lemak kukus sambal ikan bilis
Budak berdua nih makan dengan kicap dan telur jer, tak kira nasi apa2 pun mesti nak letak kicap


Pssss amie akak tak layak lagi buka kedai tau, tuk makan anak beranak boleh ler, nak jamu tetamu pun rasanya cam tak lepas jer lagi, ni plak nak bukak kedai...huh masih jauh lagi ;0)

No comments:

Post a Comment