Sarapan pagi tadi...


Salam,

Dah petang tapi sesaje jer nak kongsi menu sarapan pagi tadi, sebabnya excited tengok Safiyya makan bertambah2, hihihihi...anak dara ni memang suka makanan ala2 tradisional dan kekampungan ni, kekadang bangun2 pagi jer minta nasi goreng, klau nasi ade setakat sepinggan tu just buat nasi goreng simple jer, letak ikan bilis , bawang , lada , telur dan garam jer, kekadang letak kicap, camni pun dia dah bertambah2 makan nya..

Pagi tadi masak nasi pulut bergandingan ngan goreng sardin..tapi Safiyya makan pulut ngan telur dadar dan kicap je. Sebagai tambahan buat sekali apam berinti jem blueberry tuk Rifqi, sebab dia lately sarapan tak nak makan yg berat2...so layanzzzzz....

Nasi pulut , sambal sardin dan telur dadar

Menu yg simple, tapi berat dan boleh berangin badan :0)

Si Comel apam berinti jem blueberry

Resipi diambil dari : blog ummizaihadi-homesweethome .

Apam Blueberry

Bahan:-
2 biji telor
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
Blueberry jam
Pewarna (*ummi guna hijau dan merah)

Cara Menyedia:-
Didihkan air untuk kukusan. Sementara itu, pukul telor, gula, esen vanila dan ovallete pada kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Masukkan tepung dan kacau rata dengan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna disukai. Ummi letak 1 plain, 1 merah (jgn pekat sgt) dan 1 hijau pandan. Sudukan ke dalam cawan warna asal, letak blueberry jam, tutup dengan 2 warna adunan lagi hingga separuh cawan. Kukus selama 10 - 15 minit.

Sedap!!!!

No comments:

Post a Comment