Sejuk kat tekak...sedaaaapppp!!!!!


Salam,

Dah minum petang? sekarang ni cuaca kat sini panas jer, dapat makan puding dan dadih time cuaca panas camni terasa sejuk jer kat tekak kan..best!!!! nyaman terasa.........hik hik hik...sampai cam tu sekali ker klau dapat pekena puding dan dadih...

Buat puding ni petang semalam dah, petang ni just buat dadih coklat jer, dah lama tak makan dadih, buat pun dadih segera jer, dah lama beli serbuk dadih tu, tapi sebab sebelum ni cuaca asyik hujan jer, cam tak best plak nak makan dadih time cuaca sejuk2, tu yg baru hari ni berpeluang buat.

 Dadih Coklat segera...


Puding Roti Karamel

Tuk puding ni plak ikut resipi kat bawah ni:


Puding Roti Karamel
resepi asal : rosaliza@embunkasih
Sumber : hanamemories@Hana's Family

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

No comments:

Post a Comment