Setakat ni tak jumpa lagi kat Jengka ni...


Salam,

Sepanjang duduk kat sini tak pernah terjumpa lagi kedai yg jual gula kabung ni, even kat pasar tani pun tak perasan ade ke tidak, lagi pun tak pernah plak beria mencarinya, sekadar menjenguk2 dan menjeling2 jer kalau pergi kedai or pasar tani...hari tu pun beli kat pasar padang tengku masa balik kampung, dah terbiasa dari kecil makan kuih melaka berintikan gula kabung ni, jadi akan mencari jugak la...

Ade sesiapa yg tak kenal gula kabung ni macam mana ? rasanya sesetengah tempat je kot yg familiar ngan gula kabung, kebanyakan orang lebih terbiasa dengan gula melaka kan? ok la kat bawah ni gambar gula kabung yg saya maksudkan tu...

 Dibalut kemas ngan daun...

 Begini la rupa gula kabung...

Selepas dipotong2 untuk dijadikan inti kuih


Info berkaitan gula kabung (sumber- wikipedia) :
.


Pokok Kabung atau juga dikenali sebagai pokok Enau di Indonesia, merupakan sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.

Nira yg diambil Dari pokok kabung  menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.
.

4 comments:

  1. suzana..susah nak cari tempat lain..ame ada kena mintak tanya la kot kat kedai2 sebab deme simpan kemas elok kn.kome pun balik lepih mesti kena beli kat p.tengku.tapi gula ni pun glemer kat lepih je kan

    ReplyDelete
  2. Ya kot kat lepih jer mudah sikit nak cari..bukan nak cari sangat pun, beli satu pun dah cukup bleh buat banyak kali, klau nak time balik kampung beli plak kan...

    ReplyDelete
  3. Gula kabung ni dari melaka ker?
    btw, tinggal jejak kat sini yer. tmpt bual kosong tak timbul2. Salam kenal..

    ReplyDelete
  4. thank ann sudi singgah kat sini..gula kabung ni asal pahang, ade gak kat perak kot...klau yg dari melaka tu panggil gula melaka rasa dia berbeza la skit ;0)

    ReplyDelete