Cerita pasal Facebook lagi!!!


Mulanya nak buat entry lain pagi tadi, tapi sbb badan rasa lesu sangat langsung tak larat nak buka lappy, last2 berbaring jer melayan badan yg tak berapa nak sihat ni. Tapi bila dah namanya ade dua orang anak ni, tak de maknanya nak relax2, mana mama dia bertapa kat situ la diaorang duk bersilat. Bila dah bosan dan letih, mula minta itu minta ini, nama pun budak2, ade jer la kerenah mereka.

Okey la, berbalik pada tajuk entry ni tadi, sebenarnya terdetik nak buat entry ni lepas baca entry dari amie, semalam dia ade sentuh bab status kawan2 FB yg rajin update status sampaikan nak pergi tandas, dah makan, baru bangun tido semua nak diupdate kat status FB, tu tak kisah la ikut suka hati diaorang la kan nak update apa2 pun selagi tak melucah or tak ganggu privasi orang lain.

Even bab bersayang2 berindu2 ngan pasangan (suami isteri okey) nak update kat status FB tu pun, kalau tak berlebih still boleh diterima, sbb dulu2 masa duk berjauhan ngan hubby pun pernah gak la buat camtu..hihihii..tapi still jaga batas, ayat yg tak jiwang, klau rasa nak jiwang guna masej tak pun chat..

Apa yg saya nak sentuh ni, mungkin ade yg kurang bersetuju kot, bukan nak pertikaikan atau nak mengajar apa yg patut dan tak patut ditulis kat status FB korang tuh, cuma sekadar mengingatkan sahaja. Even kalau kemaruk macam mana pun korang ngan FB (terutama yg gadis2 ni eik) harapnya sentiasa la beringat jangan sesekali buat status yg boleh mengundang perlakuan jenayah. Kalau FB korang tu memang hanya untuk tatapan kawan2 yg korang memang betul2 kenal tak pe jugak la, tapi kalau korang ni jenis yg tak kisah add sesiapa sahaja, tak kira lelaki or perempuan kenal atau tak kenal, harap jaga la apa yg korang nak tulis kat status tu. Contohnya:

Status :" malam ni tinggal sorang2 kat umah, mak dan ayah balik kampung..."

Tak ke korang dah macam buat pengumuman yg korang ni duk sorang2..buatnya ade dikalangan kawan2 FB korang tu yg psyco ker memang tgh tunggu peluang ker..tak ker naya..sentiasa beringat rambut sama hitam hati lain2..kalau korang jenis add orang yg tak kenal, sah2 korang tak tahu latar belakang dia camna, dunia sekarang ni macam2 manusia ade, yg menyamar, yg penipu, yg bermuka2 semua ade..

Okey la tu contoh jer la..ingat nak buat contoh2 yg lain, karang panjang2 kang lambat plak memasak, semua dah besar2 kan, cerdik2 belaka kan, so pepandai la korang nak beza apa yg patut ditulis kat status FB korang dan apa yg tak patut...cuba2 la elakkan status yg boleh mengundang benda2 tak elok demi keselamatan korang jugak....

4 comments:

  1. sampai skrg ati TK blm lg teringin nk ada fesbuk..
    blog yg ada pun jarang2 update..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. betul tu... agak2lah jgn sampai membahayakan diri....

    ReplyDelete
  3. betui tu .kena hati2 pikir dulu sebelum tulis status.

    ReplyDelete
  4. hehehe..pastu ada jugak yg tulis status baru keluarkan duit kat bank..ish ish..bahaya2..

    ReplyDelete