Kenali Postnatal Bleeding (Darah Nifas)


Darah nifas atau postnatal bleeding akan dikeluarkan oleh tubuh kita bermula dari hari pertama  (selepas proses kelahiran) dan berterusan sekitar 2 hingga 6 minggu. Warna, tempoh dan banyak mana darah nifas yg keluar  adalah berbeza daripada seorang individu dengan individu yg lain.
Kebiasaannya, jumlah darah nifas yg keluar akan semakin sedikit dari sehari ke sehari, warnanya juga akan turut berubah.  Perubahan warna darah nifas adalah seperti berikut.
  • Minggu pertama selepas kelahiran - Berwarna Merah terang. Ini disebabkan sebahagian besar darah tersebut berasal daripada luka pada bekas tempat uri melekat (pada dinding rahim).
  • Minggu kedua selepas kelahiran -  Berwarna antara merah coklat dan merah muda. Ini terjadi kerana jumlah sel darah merah di dalamnya mulai berkurangan manakala jumlah sel darah putih terus bertambah
  • Minggu ketiga dan seterusnya - Berwarna keputih-putihan. Jumlah darah di dalamnya sudah jauh berkurangan berbanding pada awal kelahiran.

Ada sesetengah wanita mungkin akan berdepan dengan pengaliran darah pekat secara tiba2 setelah mencecah hampir sebulan selepas bersalin. Jangan panik, kerana darah yg keluar itu adalah darah haid pertama anda selepas bersalin. Namun begitu, dalam situasi seperti dibawah ini, anda perlu segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor apabila:
  • Terjadi pendarahan teruk dan terdapat gumpalan darah, dikhuatiri ia mungkin disebabkan keradangan pada dinding rahim.
  • Jumlah darah nifas yg keluar (dari hari pertama hingga seminggu bersalin) tidak berkurangan, sehingga memerlukan anda menggantikan tuala wanita lebih dari sekali dalam tempoh sejam dan warnanya juga tidak berubah (masih merah terang) . Ada kemungkinan masih terdapat bahagian  uri yg tertinggal di dalam rahim atau rahim anda masih luka.
  • Bau darah nifas anda bukan lagi seperti bau darah haid biasa, tetapi lebih menusuk (agak busuk). Warnanya juga tidak kelihatan normal (menjadi hijau kekuningan)
  • Anda mengalami demam atau demam panas dan menggigil. Simptom ini mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan, anda perlu pastikan :
  • Mengguna dan menggantikan tuala wanita sekerap mungkin, terutama pada minggu pertama. Elakkan dari membiarkan ia terlalu basah dalam tempoh agak lama.
  • Mendapatkan rehat yg secukupnya, bagi memastikan dinding rahim dan kesan luka pada alat sulit anda kembali sembuh. Banyakkan berbaring bagi melancarkan pengaliran keluar darah nifas, sekaligus membantu sistem reproduktif anda cepat pulih serta membantu jaringan baru untuk menutup seluruh luka.
  • Anda tidak melakukan banyak kerja atau terlalu aktif, kerana dikhuatiri luka pada dinding rahim akan kembali berdarah atau terkena jangkitan. Sekiranya darah nifas berwarna merah keluar agak banyak secara tiba2 (selepas tempoh dua minggu), anda perlu menghadkan aktiviti harian anda.
  • Makan makanan yg bergizi tinggi, seimbang dan berkhasiat, bertujuan memastikan proses pemulihan organ2 reproduktif berjalan lancar. Pastikan anda mendapatkan sumber protein seperti ikan, sayuran dan buah- buahan dalam menu harian anda bagi memastikan luka cepat sembuh
Sumber : Majalah harmoni

    4 comments:

    1. thanks for sharing..:)

      jemput ke rumah..
      http://laydie-dda.blogspot.com
      keep in touch yeee..♥♥♥

      ReplyDelete
    2. Benar n sama apa yg anda bg tahu..tq utk info

      ReplyDelete
    3. Sy jg mngalami hal yg sama. Darah dh brhnti pd hari 35. Tapi hari ke 45, darah merah kluar semula yg mknenye haid pertamab lps bersalin kn?? Bkn nifas lg.

      ReplyDelete
    4. Sy jg mngalami hal yg sama. Darah dh brhnti pd hari 35. Tapi hari ke 45, darah merah kluar semula yg mknenye haid pertamab lps bersalin kn?? Bkn nifas lg.

      ReplyDelete