Perbezaan Wiladah dan Nifas...


Dah hampir nak bersalin ni, just nak share info berkaitan Wiladah dan Nifas, mungkin berguna bagi yg bakal bergelar ibu buat pertama kali...sharing is caring (*_-)

1. Wiladah
Wiladah disebut sebagai perkara yg termasuk di dalam perkara yang diwajibkan mandi. Maksud mandi kerana wiladah ialah mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Hatta mengalami keguguran anak (sekalipun hanya berupa darah beku  atau hanya berbentuk seketul daging) juga wajib keatasnya mandi wiladah. Tidak terkecuali juga bagi wanita2 yg terpaksa menjalani pembedahan perut (C-section), maka wajib baginya mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran.

Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".

2. Nifas
Darah nifas (post-natal bleeding) disebut sebagai darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Mandi nifas adalah wajib dilakukan setelah darah nifas kering (habis),  tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Tempoh biasa bagi nifas (average) ialah 15 hingga 40 hari, manakala paling maksimum ialah 60 hari (selepas itu, jika masih keluar darah, ia dianggap darah istihadhah atau darah penyakit dan wajib mandi dan bersolat sebagaimana biasa).

Secara umumnya apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya sekalipun setitik,atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari atau masa paling maksima selama 60 hari .

Sering timbul kekeliruan sama ada perempuan yang baru bersalin itu wajib melakukan kedua-duanya sekali – mandi wiladah dan mandi nifas. Ada pendapat mengatakan mandi wiladah itu khusus kepada mereka yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas atau mengalami keguguran. Walaupun tiada darah nifas yang keluar selepas bersalin, wanita itu tetap wajib mandi sebelum dia boleh mengerjakan ibadah seperti biasa atau untuk bersama suami. Dan mandinya itu adalah mandi yang disandarkan kepada tafsiran illat (sebab) iaitu mandi kerana beranak.

Bagi wanita yang mempunyai darah nifas (dalam tempoh yang disebutkan di atas), tidak kira sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan, maka dia mesti menunggu hingga darah nifas itu kering dahulu barulah boleh mandi dan beribadah seperti biasa. Tak perlulah dia mandi wiladah pula selepas bersalin dan kemudian mandi nifas pula selepas darah nifasnya kering. Kalau nak ikut logik akal, memang tak logik perbuatan tersebut kerana mandi wajib bertujuan menyucikan diri bagi membolehkan beribadah. Apa gunanya mandi wajib kalau masih tak boleh solat kerana masih dalam keadaan bernifas?

Untuk lebih kepastian sama ada perlu melakukan kedua-duanya atau melakukan salah satu diantara keduanya (mengikut situasi yg tlh disebut tadi) tanyalah kepada ustaz atau ustazah atau orang2 yg lebih memahami bab hukum2 ni !!!

Sumber : halaqah.net , kaupermataku.blogspot.com ,

4 comments:

  1. pernah baca pasal ni but nice info...

    ReplyDelete
  2. good info..

    mmg wajib bagi kita mandi kerana kedua2nya sekali..

    ReplyDelete
  3. sgt bagus ini info..thanks again..
    mmg tgh nk clarify antara wiladah & nifas..
    tp dulu sy mndi dua2 jgak.....sbb xnk was-was..hiihihi..

    ReplyDelete