Ilham : Pilihan buat si Comel


Salam,

Hari ni badan rasa lesu sikit, entry hari ni pun sekadar entry auto publish jer, kebetulan tgh hari tadi internet slow jadi tak berapa nak berblog la, dah petang baru tenet ok, time buka FB tadi nampak kat status member pasal satu jenama susu buatan malaysia, baru ku tahu rupanya ade susu tepung untuk budak2 1-7 tahun yg bercirikan islamik ni.

Sebagai perkongsian maklumat bagi yg sama tak tahu macam saya , meh kita tgk susu apakah yg saya maksud kan ni.


Nak tahu apa keunikan susu nih berbanding susu yg sedia ada kat pasaran sekarang nih? Rasanya dalam gambar tu pun dah boleh nampak sikit keunikan susu ni kan, okey la kat bawah ni sedikit petikan dari web ilham4u pasal susu ilham ni:
Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik (Islamic Manufacturing Practice) dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
Untuk lebih keterangan lanjut boleh la melayari web ilham4u.

No comments:

Post a Comment