Tak berkenan dengan Facebook...


Salam,
 Satu perkara yg saya kurang berkenan dengan Social networking tak kira la facebook ker twitter ker atau apa2 jer la bila orang menyalah gunakannya...kekadang geram dengan manusia2 yg tak de kerje sesaje create akaun semata2 nak menfitnah dan nak jatuhkan maruah orang lain, tak takut dosa ker buat kerje semua tuh....huh geram!!!

Dulu adik perempuan my hubby pun pernah jugak terkena, tak tahu la kat mana silapnya, lelaki tu tak boleh terima yg adik ipar saya ni tak nak kat dia, boleh lelaki tu buka akaun facebook then letak gambar adik my hubby tu..nasib baik la gambar biasa2 ajer, tapi tetap tak boleh diterima jugak atas dasar apa la dia nak buat semua tuh...manusia ni kan memang sukar nak dijangka la...

Semalam dan hari ni dalam akhbar kosmo pun ade utarakan isu pasal panggunaan facebook nih..

KUALA LUMPUR - Laman sosial Facebook merupakan ruangan perkongsian perasaan sesama individu yang boleh menjadi senjata paling berbahaya dan kejam dalam peradaban baru manusia.
16hb Februari 2011

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah kini berubah angin apabila mereka didapati menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium untuk merekrut wanita tempatan menjadi keldai dadah.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket ialah akan berkenalan, menjalin hubungan rapat dengan wanita dan apabila mendapat kepercayaan, mereka akan digunakan untuk mengedar dadah.


“Setelah wanita-wanita ini menjadi kawan melalui Facebook, mereka dibawa melancong ke luar negara dan tinggal di tempat-tempat mewah sebelum diperangkap menjadi keldai dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Noor Rashid berkata demikian bagi mengulas mengenai penahanan seorang pemuda berusia 23 tahun di Lapangan Terbang Ezeiza, Buenos Aires, Argentina akhir bulan lalu ketika cuba menyeludup keluar dadah jenis kokain dari negara itu ke Qatar.
17hb Februari 2011

Dalam Metro semalam pun keluar isu pasal facebbok ni jugak, ngan tajuk "Derita Fitnah facebook":
BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.

“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.

Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.
Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.

“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

“Saya mengesyaki ia dilakukan individu yang mengenali saya yang berniat memalu dan menjatuhkan maruah saya.

“Saya tidak pernah meletakkan nombor telefon di dalam akaun Facebook sendiri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, tinjauan ke atas laman sosial Facebook milik individu yang menggunakan nama Puteri Farah itu mendapati ia mengandungi maklumat seperti tempat tinggalnya di Butterworth, Pulau Pinang selain pekerjaannya sebagai seorang jururawat.

Puteri Farah itu turut menyatakan dia pernah menyambung pengajian ke Converse College pada 2007 selain menawarkan khidmat seks seperti memuaskan nafsu, urut badan dan batin.

Dalam laman terbabit juga, Puteri Farah menceritakan perihal dirinya yang tidak memilih dan suka berkawan dengan semua orang selain menyifatkan bahawa hidup mesti dinikmati.

Fyza berkata, dia pernah mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi terkilan apabila jawapan diberikan mereka tidak dapat mengesan individu terbabit.

Disebabkan gangguan berterusan dari individu tidak dikenali selain ingin membersihkan maruahnya, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda pada 7 Februari lalu.

“Bagi saya, tukar nombor telefon saja masih tidak cukup kerana saya mahukan pembelaan selain ingin melihat individu melakukan perkara terkutuk itu menerima balasan setimpal atas perbuatannya selain membersihkan nama baik serta maruah saya yang sudah tercalar,” katanya.

Ni la masalah bila berdepan dgn dunia tanpa sempadan ni, macam2 benda boleh berlaku diluar kawalan kita kan...

4 comments:

  1. kesiannya Farah tuh...

    dlm dunia tanpa sempadan nih, kita kena jaga perilaku kita, perkataan kita, jgn menyakitkan hati org lain... akibatnya begitu laa...

    saya rindukan zaman dulu2, dunia tanpa internet...

    ReplyDelete
  2. ini lah salah satu keburukan yg ada..kalo org salah gunakan..

    ReplyDelete
  3. sebab tu akaun fb ila cuma untuk org2 ya ila kenal jer...hehehe

    ReplyDelete
  4. bahaya sungguh... gara2 FB pun ade budak kg yg putus tunang... gara2 si tunang lelaki menayang segala macam jenis hantaran yg diberi, termasuk cincin mahal ;) , si dara rasa malu (maklum lah org ngaji agama & bertudung labuh) lalu terus putuskan pertunangan, lebih lagi malu bila kawan2 mula mengata mcm2..... huhuuu, bahaya kan...

    ReplyDelete