+/- 9 hari lagi, harapnya lahir pada 17hb mac ni


Hujung minggu ni masuk minggu ke-40, memang betul la penantian itu satu penyiksaan..huhuhuhu, berdebar jugak ni walau ni pengalaman ke-3, rasanya kali ni pun baby akan keluar lambat sama macam masa Safiyya dulu jugak.

Still berharap yg baby akan lahir pada hari ulang tahun ke-5 perkahwinan kami pada 17hb mac ni, time tu jugak hubby dah tak de kelas tambahan. Tak de la dia bergegas dari Jengka balik ke sini nanti. Tapi tak kisah la, bila2 nak bersalin pun asalkan semuanya selamat kan.

Rasa tak sabar bertambah2 bila 2 orang my friend dah pun selamat melahirkan anak, yang sorang tu pertengahan bulan februari dapat baby girl, dan yang sorang lagi 5hb baru ni dapat baby boy...Tahniah buat mereka berdua!!!

Esok majlis pertunangan my sis, mesti ramai yg akan bertanya bila nak melahirkan ni. Kalau dah ada baby lagi la kan menjadi tumpuan, rimas gak kan kalau menjadi tumpuan orang ni, nak relax sikit pun tak dapat...ada hikmah jugak baby still tak nak keluar sekarang..hihihi

1 comment:

  1. semoga selamat semuanya ye... bestnya cium baby baru lahir ni.. wangi je...

    ReplyDelete