Apa itu CTG?


Dalam entry sebelum ni (39+ minggu, CTG dan scan), saya ada sebut pasal CTG, kalau sebut Scan mesti ramai yg dah boleh bayangkan rupa scan, camna pulak dengan CTG?.

Bagi yang dah pernah bersalin mesti tahu apa CTG atau Cardiotocography ni kan? Mungkin bagi yang baru nak bertukar status dan baru bergelar bakal ibu masih belum mengenali istilah CTG ni, juga ibu-ibu yang bersalin sendirian berhad pun tak berpeluang nak merasai pengalaman pakai CTG ni. Apa itu CTG?

Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction.
Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy)  denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau  electronic fetal monitor (EFM)
Contoh mesin yg diguna untuk CTG

Bahagian dari alat CTG yg dipasang pada perut

Untuk mengetahui lebih lagi berkaitan CTG niboleh baca kat sini.

No comments:

Post a Comment