Apa itu Plugins, FTP dan Fantastico?


Rentetan dari entry Perbezaan antara WordPress percuma dengan Self Hosted WordPress dan Elak guna “Admin” sebagai username (Langkah Keselamatan untuk pengguna WordPress). Kat dalam entry2 tersebut ada disebut pasal FTP, Plugins dan Fantastico, so kat bawah ni penerangan ringkas berkaitan ketiga2 istilah tu.

Apa itu Plugins?

Plugins merupakan satu aplikasi ataupun program yang berfungsi sebagai penambahan kepada sesuatu program utama. Plugins boleh diibaratkan seumpama aksesori didalam kereta ataupun nilai tambah untuk mencantikkan kereta, meningkatkan prestasi dan sebagainyanya.

Terdapat banyak pilihan plugins yg dicipta untuk kemudahan blogger yg menggunakan platform wordpress misalnya. Antara plugins yg tersedia untuk pengguna wordpress seperti Akismet, All in one SEO dan lain2.

Apa itu FTP?

FTP atau File Transfer Protocol merupakan satu protokol untuk menghantar fail ke hosting. Seperti juga HTTP yang digunakan untuk memindahkan halaman web, SMTP untuk memindahkan email, FTP juga bertindak di dalam protokol TCP/IP.

Apa itu Fantastico?

Fantastico ialah perisian yang mengandungi set skrip popular bagi membolehkan pengendali web memasang skrip-skrip berguna ke dalam tapak web dengan mudah. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh menyediakan sebuah laman web lengkap seperti sistem pengurusan kandungan (CMS), sistem e-dagang, forum, galeri, dan lain-lain. Anda boleh memasang skrip-skrip ini seberapa banyak yang mungkin di dalam hosting selagi ruang storan mencukupi.

Kebanyakan pembekal hosting ada menyediakan fastastico dengan percuma dan ia boleh diakses melalui akaun cPanel.

Untuk lebih penerangan berkaitan plugins, FTP dan Fantastico ni, boleh la search kat google ker yahoo ker...Okey!!!

No comments:

Post a Comment