Cara Host Javascript / Js. File di Blogspot



Kebiasaan kalau kita search sesuatu widget untuk diletakkan di blog (blogspot) ada sesetengahnya meminta kita download Javascript/Js file dan upload semula di free server yg tawarkan penyimpanan file dengan kapasiti unlimited bandwidth. Macam saya kalau ada tutorial untuk sesuatu widget tu yg meminta agar download dan host sendiri javascript memang berfikir empat lima kali la jugak samaada nak guna widget tu atau tidak, ya la cerewet jugak nak kena buka akaun bagai ni kan. Kebiasaannya memang saya akan cari widget yg tak memerlukan untuk host sendiri ni.

Opppsss terpanjang pulak mukhadimah kan, okey la di pendekkan cerita cara nak host atau simpan Javascript/Js. file di blogger ialah :
  1. Download Javascript atau js. file (jika perlu) - Tak pun kalau tak di minta dan tiada link untuk didownload cuba copy jer URL javascript tu dan paste kat browser, ada sesetengahnya akan secara automatik keluar masej download dan ada jugak yg terus keluar kat window tu jugak.
  2. Buka javascript atau js. file yg dah di download tadi menggunakan notepad.(notepad pertama)
  3. Buka file baru kat notepad dan paste kan code dibawah di notepad yg baru dibuka tadi (notepad kedua)
    <script type='text/javascript'>
    //<![CDATA[
    <--Paste all code here from .js file -->
    //]]>
    </script>
  4. Copy kesemua code javascript dari notepad pertama tadi dan paste kan dibahagian
    <--Paste all code here from .js file -->
     di notepad kedua. 
  5. Copy kesemua code di notepad yg kedua dan gantikan dengan code Js seperti ini
  6. Dah siap dan boleh la ikut arahan selanjutnya dari widget yg korang nak add tu
Boleh faham tak? kalau tak faham boleh ke tutorial asaldisini

1 comment: