Cerita di meja makan, Fizz Fairuz dan Berita Harian


Bila Jepun dilanda gempa bumi dan Tsunami, kita dah tak rasa seterkejut seperti pertama kali tengok kesan tsunami masa kejadian di acheh dulu. Mungkin kejadian tahun 2004 dulu dah memberi sedikit gambaran bagaimana tsunami mampu mengubah sesuatu tempat tu, yang mampu menolak segala macam benda tak kira berat atau kukuh, hidup atau mati ke tengah bandar yang jaraknya agak jauh dari pantai.

Cuma nya bila Jepun dilanda tsunami ramai orang yang secara tak sedar mengaitkan kejadian tsunami dengan Ultraman. Sekiranya lawak bodoh Ultraman dan tsunami dibual di meja makan tak kira dirumah atau di warung kopi hatta kedai mamak sekalipun, tiada yang ambil kisah, tiada yang ambil pusing, dipandang sekadar lawak bodoh semata, cakap kosong sahaja.

Tapi bila artis yang mengeluarkan ayat berbaur lawak bodoh mengaitkan tsunami, ultraman atau doraemon, tetiba isu menjadi panas, ramai yang tak berpuas hati, secepat mana Fizz fairuz mengeluarkan kenyataan dilaman social secepat tu jugak yang memberi respond memberi pandangan dan meluahkan ketidak puasan hati dengan lawak bodoh sebegitu disaat rakyat jepun sengsara.

Tapi dalam pada tu, akhbar nasional kita sendiri secara tak sengaja mungkin, terlepas jugak menyiarkan lawak bodoh yang sama.

Tak kira la cakap-cakap di meja makan atau tersiar kat surat khabar atau laman social mana-mana pun, sesuatu isu tu perlu jugak dipandang sensitivitinya, terutama kalau melibatkan suratkhabar nasioanal lagi perlu berhati-hati, jangan bila dah tersiar baru nak minta maaf, tiada gunanya...

1 comment: