Elak guna "Admin" sebagai username (Langkah Keselamatan untuk pengguna Wordpress)


Tips bagi yg baru nak berjinak2 guna self hosted Wordpress macam saya. Masa awal2 guna wordpress, memang log in guna username "admin" , lepas tu cari cara macam mana nak log in guna username sendiri, jumpa dan nak share kat sini pulak.

Bila kita pasang wordpress tak kira secara manual atau guna fantastico, kebiasaannya pasword dan username akan secara automatik terset. Penggunaan perkataan "Admin" sebagai username boleh mengundang bahaya kepada blog kita kerana senang untuk digodam atau di hack oleh lanun2 alam maya.

Tips bagi meningkatkan keselamatan blog kita, sekiranya kita login menggunakan username admin ialah dengan mendaftar new user name atau pengguna baru dengan menggunakan email ID yg lain (secondary email ID), dan tetapkan pengguna baru (new user) tadi sebagai administrator.

Langkah seterusnya, login ke akaun wordpress anda dengan menggunakan username dan password yg baru anda daftar tadi, kemudian delete profile lama yg guna username admin tadi. Sekiranya blog anda dah ada post/entry, jgn lupa transfer ke profile yg baru kalau tak nanti semua post/entry terdelete sekali...

Daaaaa.....

No comments:

Post a Comment