Jenis - jenis Domain yg perlu anda tahu.


Rentetan entry "Kenali Istilah Domain dan Hosting", Dah tahu apa itu domain, tuk entry ni kita kenal2 pulak jenis-jenis domain. Ada 3 jenis domain selain dari domain utama iaitu :
  1. Subdomain
  2. Addon Domain
  3. Park Domain

Subdomain.

Subdomain ialah bahagian dari domain utama dan anda boleh menambah subdomain tanpa perlu membuat bayaran tambahan untuk mendapatkannya (rujuk hosting provider anda untuk keterangan lanjut). Untuk mengetahui sebanyak mana subdomain yg boleh anda cipta, sila la bertanya kepada hosting provider anda. Secara amnya, anda boleh sub seberapa banyak manapun asalkan setiap sub nama itu tidak melebihi 63 aksara dan panjang keseluruhan domain tidak melebihi 253 aksara.

Subdomain digunakan untuk membezakan fungsi bahagian dari web. Sebagai contoh, anda mempunyai domain webanda.com, dan menjadikannya sebagai web utama anda. Anda ingin membuat satu bahagian khusus untuk blog yg berasingan dari web utama anda tadi, dan anda tempatkannya didalam folder webanda.com/blog.

Untuk membuat subdomain ini, apa yg perlu anda buat ialah dengan setkan folder blog tadi sebagai subdomain anda didalam cPanel. Dengan ini anda boleh akses blog anda dengan menggunakan alamat webanda.com/blog ataupun blog.webanda.com.

Addon Domain.

Addon Domain ialah domain tambahan yg diletakkan ke hosting domain utama anda. Addon domain digunakan sekiranya anda ingin menambah beberapa web dalam satu hosting. Dengan cara ini, anda hanya perlu membeli satu lagi nama domain dan ditambah ke hosting yg sedia ada. Dengan ini anda akan mempunyai 2 web yg aktif dengan isi yg berbeza dengan hanya menggunakan satu hosting sahaja.

Ada sesetengah pakej menyebut 1 hosting dengan 2 domain, itu bermakna anda boleh setkan 2 domain untuk satu hosting, yg mana anda perlu membayar untuk harga hosting dan 2 domain tersebut.

Apa yg perlu anda buat sebagai contoh membeli satu domain dengan nama webanda.com dan satu lagi dengan nama lamananda.com. Salah satunya anda jadikan sebagai domain utama dalam akaun hosting anda , contoh webanda.com sebagai domain utama, dan domain yg satu lagi iaitu lamananda.com yg anda hostkan dalam akaun hosting yg sama akan menjadi Addon Domain. Anda hanya perlu setkan dalam cPanel bahawa lamananda.com  adalah addon Domain.

Parked Domain.

Parked domain ialah domain yg diparkkan ke atas domian utama. Sebagai contoh anda mempunyai 2 domain iaitu webanda.com dan lamananda.com. Anda inginkan kedua-dua domain ini menuju ke satu website yg sama, maksudnya, sekiranya pelawat menaip sama ada webanda.com atau lamananda.com, hasilnya pelawat akan dibawa ke laman web yg sama.

Untuk menjadikan salah satu domain anda sebagai parked domain, apa yg perlu anda buat ialah dengan menjadikannya sebagai domain utama didalam akaun hosting anda. sebagai contoh di dalam cPanel anda setkan webanda.com sebagai domain utama dan  anda setkan lamananda.com sebagai parked domain.

No comments:

Post a Comment