Kenali Istilah Domain dan Hosting.


Baru berjinak2 dengan dunia Domain dan Hosting sendiri ni. Bagi yg sama2 newbie macam saya ni, apa kata kita kenal dulu apa yg di istilahkan sebagai Domain dan apa pula yg di maksudkan dengan Hosting.

Apa Itu Domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda di internet ataupun internet identity , lebih kurang macam alamat rumah kita jugak la. Contohnya, domain bagi blog coretanku ini ialah http://anamarza.com/. Kebiasaannya sesuatu domain itu akan diakhiri dengan suffixes atau extensions (juga disebut TLD- Top Level Domain) seperti :
1) .com
2) .net
3) .biz
4) .org
5) dan sebagainya.

Extension seperti .com , .net, .biz, .org, misalnya boleh dipilih tanpa sebarang syarat. Namun ada juga extension yg khusus seperti:
1) .my hanya untuk rakyat malaysia sahaja.
2) .com.my hanya untuk pendaftar perniagaan malaysia.
3) .gov.my untuk kerajaan malaysia
4) .edu.my untuk pusat pendidikan berdaftar

Sebelum mendaftar atau membeli sesuatu domain, kita perlu fikir betul2 terlebih dahulu, nama apakah yg ingin kita letak sebagai domain. Walaupun kita boleh memilih apa sahaja nama (maksimum 63 aksara) , tetapi kriteria seperti ringkas, mudah diingat, menarik, mudah disebut, dan melambangkan identity kita yg tersendiri perlu dititik beratkan.

Ini kerana alamat atau domain inilah yang akan ditaip oleh orang ramai  di web browser untuk pergi ke laman web atau blog anda nanti. Disebabkan faktor inilah nama atau domain yg akan kita gunakan nanti perlulah unik , tidak boleh sama dalam erti kata lain pilih nama yg belum digunakan oleh pihak lain.

Apa itu Hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data (pengkalan menyimpan data) mengenai laman web anda, seperti fail, teks, gambar, dan segala bahan2 kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Secara perumpamaannya Hosting diibaratkan seperti tanah atau tapak rumah.

Secara ringkasnya domain dan hosting ni saling berkait. Kira macam kalau kita cuma ada tapak rumah (hosting) tapi tak de alamat rumah (domain) macam mana orang nak datang umah kita kan, camtu jugak sebaliknya.

Bagaimana cara nak mendapatkan domain dan hosting?

Pada masa sekarang ni terdapat banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. anda boleh pilih sama ada ingin hosting tempatan atau luar negara Pakej yg ditawarkan juga pelbagai, ada yg tawarkan beli hosting untuk tempoh setahun dan percuma domain untuk tempoh yg sama juga.

Apa yg perlu anda buat ialah search sahaja di internet dan buat sedikit survey web server mana yg tawarkan domain dan hosting yg memenuhi kriteria dan budget. Selain itu, dapatkan pandangan dari otai - otai atau individu yg berpengalaman, web server mana yg terbaik atau memberikan perkhidmatan yg  memuaskan, anda boleh la ke forum2 atau search mana2 blogger yg buat entry pasal penggunaan hosting ni.

Selepas itu Anda hanya perlu pergi ke laman web yg menawarkan hosting dan domain berbayar tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan bank in seperti maybank2u, kad kredit atau PayPal.

Sebaik sahaja segala transaction dan urusan jual beli dan pendaftaran domain selesai, sekarang anda sudah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, Drupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, WordPress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.

Next entry story pasal jenis2 domain dan penerangan lanjut berkaitan hosting (ciri -ciri pemilihan hosting) pulak eik... Daaaaa!!!!

No comments:

Post a Comment