Ketahui cara sama ada akaun Gmail anda dihack atau tidak!!!


Bagi sesiapa yang menggunakan akaun Gmail, boleh la usha-usha cara nak tahu sama ada akaun anda di hack atau ada orang lain yang dah login ke akaun anda. Caranya pun tak da la susah mana. Nak tahu macam  caranya baca kat bawah ni eik

1. Mula - mula sekali tengok kat bahagian details bawah sekali dalam gmail anda. cari perkataan "Last account activity" seperti gambar kat bawah ni, tengok details bila last akaun gmail anda dibuka.

2. Klik pada perkataan details (seperti dalam gambar diatas) untuk melihat aktiviti terkini atau login terkini. Kat bahagian ni kita boleh tengok bagaimana akaun kita di acces samaada browser atau mobile atau unknown, lokasi dari mana akaun kita diakses dan masa dan tarikh akaun kita diakses.

3. Sekiranya dari details login tu kita dapati terdapat IP yang mencurigakan atau dari negara lain, cuba check ip tersebut di website yang menawarkan IP atau Domain check secara percuma seperti di web ini " DomainTools".

Sekiranya memang akaun korang dah kena hack, cepat2 tukar password dan security question.

Okey la tu jer simple info yang nak dikongsi..Daaaa!!!

No comments:

Post a Comment