Kutu Kecik vs. kutu besar : Berminat nak main kutu?


Tahu apa itu kutu?
Pernah main kutu?

Ni bukan kutu yang duduk atas kepala tu eik, kalau yang duduk atas kepala tu memang ada sesetengah orang tak pernah pun tengok, dan tak tahu pun macam mana rupa kutu tu ni kan pulak nak main kan. Tak da maknanya nak main kutu tu, tak de pekdah pun.

Kutu yang saya maksudkan ni skim kutu. Kalau secara kecilannya kumpul beberapa orang kawan then tetapkan berapa amaun perlu dibayar untuk sebulan, pastu ambil giliran siapa yang dulu dan siapa yang kemudian terima giliran duit kutu tu. Mesti ada yang pernah join kan?
Kalau yang ni rasanya tak de la nak risau sebab buat pun dikalangan kita2 aje, pendek kata sesama kenalan sahaja, base on trust sesame kawan atau sedara. So peluang nak kena tipu tu tipis la kan. Cara kutu camni pada pendapat saya okey jugak, terutama kalau jenis yang susah nak simpan duit atau bagi yang memang nak guna duit, tapi tak nak pinjam secara direct. Kalau jenis ni boleh dikategorikan sebagai kutu kecik.

Yang jadi masalah dan boleh di denda ialah jenis kutu besar atau skim kutu yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat dan melibat kan jumlah wang yang banyak. Yang ni kalau ikut undang-undang yang sedia ada boleh didenda sehingga RM5,000 untuk satu-satu kesalahan. Denda ni dah tertulis dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 ini bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjurkan atau merancang untuk menganjurkan wang kutu.

Jika cadangan pindaan pada Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 diluluskan nanti, sesebuah syarikat yang menganjurkan skim kutu ni boleh didenda sehingga RM500,000, iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini. Pindaan yang dicadangkan itu juga bertujuan menaikkan tempoh pemenjaraan maksimum daripada tiga tahun kepada sepuluh tahun bagi kesalahan sama. Rang undang-undang ini juga bertujuan mengelak berlakunya penyelewengan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan wang kutu secara haram dan menyebabkan kerugian kepada orang ramai yang melabur dalam syarikat berkenaan.

Kutu Kecik Vs. Kutu Besar, mana pilihan korang?

1 comment:

  1. lupa nak kabo, hadiah dah sampai

    http://kakyong72.blogspot.com/2011/03/hadiah-ga-coin-purse-dora-termometer.html

    nak tanya 1 lagi. Ana guna plugin apa utk letak breadcrumbs tu.. kakyong add takjadik la... huhuu

    ReplyDelete